STARTUP HOVERBIKE JEPUN BAKAL DISENARAIKAN DI NASDAQ
Syarikat pemula dari Jepun, Aerwins Technologies yang menjual hoverbike berinspirasikan Star Wars pada harga AS$55,000 (RM236,912) telah menerima kelulusan untuk disenaraikan di NASDAQ.
Bermula sebagai ALI Technologies di Tokyo, syarikat itu berkata dalam satu kenyataan kepada Reuters bahawa NASDAQ telah meluluskan penyenaraiannya pada Khamis, dengan dagangan akan bermula pada hari Isnin.
Aerwins Technologies bergabung bersama Pono Capital dan dianggarkan perjanjian tersebut bernilai sekitar AS$600 juta (RM2.5 bilion).
Ketika syarikat pemula lain sukar mendapatkan pembiayaan, penggabungan tersebut merupakan langkah bijak untuk memastikan gabungan itu layak disenaraikan melalui syarikat pemerolehan tujuan khas (SPAC).
Saham Pono ditutup dan naik sebanyak 24 peratus pada hari Khamis, memboleh Pono mengaut keuntungan terbesar sejak 2021.
Selain itu, syarikat Aikawa, SBC Medical Group yang mengendalikan pusat perubatan kosmetik di Jepun akan mengumumkan penggabungan dengan sebuah lagi syarikat berkaitan Pono iaitu Pono Capital Two dalam masa terdekat.
Untuk rekod, penyokong awal kewujudan ALI termasuklah Mitsubishi Electric dan Kyocera serta bintang bola sepak Jepun, Keisuke Honda.
Aerwins yang juga menjual dron dan teknologi berkaitan, berkata hoverbikenya boleh terbang sehingga 40 minit pada kelajuan 100km/j. Jentera seberat 300 kilogram itu dikuasakan oleh enjin dari Kawasaki Heavy serta sistem bateri.
- BACA: LAWRENCE STROLL TAMBAH PEGANGAN SAHAM ASTON MARTIN, ELAK DIAMBIL ALIH OLEH GEELY
- BACA: PELABUR BENGANG ELON MUSK BUAT TESLA MACAM ATM PERIBADI. JUAL SAHAM RM15.8 BILION
- BACA: TAUKE BENGKEL BASIKAL DI SINGAPURA BERI SEPARUH SAHAM SYARIKAT BERNILAI RM3.2 JUTA KEPADA PEKERJA SETIA
- BACA: WARREN BUFFETT JUAL RM2.7 BILION SAHAM BYD DALAM TEMPOH DUA BULAN. KAUT UNTUNG 35 KALI GANDA!