
VIAUTO BOMA ‘ALPHARD CHINA’ ELEKTRIK SEPENUHNYA, 40HP, HARGA BERMULA RM18K
Anda mungkin tidak pernah mendengar nama Viauto, tetapi pengeluar kereta dari China ini baru saja menunjukkan imej rasmi yang digelar oleh media tempatan sebagai ‘Alphard China’.
Viauto Boma ialah kereta elektrik empat pintu, empat tempat duduk dengan reka bentuk yang sesuai sebagai kereta bandar. Ia mempunyai bentuk empat segi dan kompak.
Ia juga didatangkan dengan tangki air serba hitam bersalut krom, selain digayakan dengan lampu yang agak besar.

Sementara bahagian tepi kereta mempunyai garisan untuk memberikan gaya lebih garang. Bahagian belakang pula terdapat lampu belakang jenis jernih dan spoiler.
Setakat ini tiada perincian mengenai rekaan kabin, selain ia akan disertakan dengan dwi-skrin dan beberapa butang fungsi.

Dari segi kuasa, ‘Alphard China’ itu akan dijana oleh motor elektrik tunggal yang mempunyai kuasa kuda maksimum 40hp dan tork 84Nm. Ia boleh bergerak sejauh 130km hingga 200km bergantung kepada kapasiti bateri.
Harga yang dilaporkan ialah sekitar RM18,838 hingga RM31,397 dan telahpun ditempah hampir 10,000 unit meskipun kebanyakan butiran masih belum didedahkan.

Mengikut perancangan Viauto, mereka akan melancarkan kereta baharu tiga pintu dan empat tempat duduk pada 2023, sebelum melancarkan kereta baharu kereta berasaskan chasis papan selaju terkini serta model 6 tempat duduk dilengkapi dengan konfigurasi kuasa baharu.
Bagi tahun 2025, syarikat itu akan mengeluarkan 3 platform baharu dan bercita-cita untuk mempunyai 6 model baharu. Pada masa ini, mereka mempunyai kilang pembuatan seluas 1,200 ekar. – Automachi

