MITSUBISHI LANCER EVO IX DENGAN MODIFIKASI PALING EKSTRIM, PECAHKAN REKOD LITAR LUMBA TSUKUBA
Sebuah Mitsubishi LanceR EVO IX telah memecahkan rekod catatan masa yang agak mustahil untuk dilakukan, iaitu catatan masa di bawah 50 saat untuk satu pusingan lengkap di Litar Tsukuba dengan mengenakan tayar biasa yang digunakan di atas jalan raya.
Ketika catatan masa tersebut dilakukan, Mitsubishi Evo IX tersebut telah dipasang dengan kamera bagi merekod time attack yang dilakukan. Jadi anda boleh menonton klip video yang telah dirakam dan dimuatnaik di saluran Youtube
Mitsubishi Evo IX ini dipandu oleh Toshiki Ando dan jentera istimewa ini dibina oleh Escort Racing, satu pasukan pembina kereta khas bagi tujuan perlumbaan drag dan juga perlumbaan catatan masa di litar. Escort Dream juga berpengalaman luas untuk menala jentera mengikut litar yang akan diuji nanti
Selain menggunakan kaedah pengurangan berat yang biasa dengan membuang segala perkakasan dan aksesori yang tidak penting termasuk bahan kedap bunyi, panel badan Mitsubishi Evo IX ini juga dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon
Tidak banyak yang diketahui berkenaan dengan talaan yang dibuat pada enjin 4 silinder 2000cc ini melainkan ia telah ditala bagi menjana 750 kuasa kuda. Berdasarkan cara penukaran dibuat, penulis percaya unit ini menggunakan transmisi sequential lengkap dengan unit penukaran gear di belakang stering
Ketika rakaman dibuat, Mitsubishi Evo IX ini berjaya mencatatkan masa 49.897 saat untuk satu pusingan penuh. Sebagai perbandingan Mclaren F1 dan juga Tesla Model 3 yang telah diubahsuai berjaya melakukan catatan masa dengan rekod 1 minit 4.62 saat pada tahun 2020.
Pada tahun 2015, pasukan HKS telah berjaya menala sebuah Toyota 86 bagi menghasilkan catatan masa di bawah 50 saat di Litar Tsukuba. Walaubagaimanapun catatan masa tersebut dihasilkan dengan menggunakan tayar perlumbaan racing slick.