Buletin

AHLI VCP BOLEH NIKMATI PENJIMATAN SERVIS SEBANYAK 30% SEHINGGA 31 DIS 2021

Sebagai tanda penghargaan ke atas pemilik yang setia dengan jenama ini bertahun-tahun lamanya, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini menawarkan penjimatan servis sebanyak 30 peratus kepada ahli Volkswagen Care Plus (VCP).

Di bawah program VCP, ahli layak untuk menerima tiga baucar bernilai 20 peratus. Tambahan diskaun 10 peratus juga sah bermula sekarang hingga 31 Disember 2021.

VCP merupakan satu program eksklusif yang terbuka kepada semua pemilik kenderaan Volkswagen berusia lima tahun dan ke atas.

Manfaat lain yang ditawarkan termasuklah bantuan tepi jalan percuma selama dua tahun dan sokongan bateri di lokasi 24 jam. Pemilik hanya perlu mendaftar secara percyma di mana-mana pengedar sah Volkswagen.

Selain penjimatan, servis dan pembaikan dan pusat servis sah hadir dengan jaminan 100 peratus alat ganti digunakan. Pembaikan juga dijalankan oleh juruteknik berpengalaman yang selaras dengan standard global dan menggunakan peralatan terbaik.

Promosi ini ditawarkan menerusi aplikasi Volkswagen Cares. Jadi, sila muat turun di Apple App Store atau Google PlayStore.

Google ads
Back to top button