Buletin

PELABUR TARIK DIRI, LIVEWIRE RUGI RM17.4 BILION. HARLEY-DAVIDSON TERPAKSA PAM DANA RM5 BILION LAGI

Mahu atau tidak, Harley-Davidson kini memiliki 90 peratus saham LiveWire setelah AEA-Bridges Impact Corp menarik diri daripada melabur untuk jenama motosikal elektrik LiveWire.

Meskipun Harley-Davidson berkeras untuk mengeluarkan jenama LiveWire pada awal tahun ini, selain mewujudkan identiti berasingan Harley-Davidson terpaksa beradaptasi dengan situasi luar kawalan selepas kurang dari sebulan mengumumkan kerjasama dengan AEA-Bridges Impact Corp.

Pada 27 September, pelabur awal tersebut telah mengeluarkan AS$370 juta (RM17.4 bilion) dari AS$400 juta (RM18.8 bilion) pelaburannya. Perkembangan itu memaksa LiveWire bermula dengan dana yang kecil. Sudah tentu ia satu kerugian besar untuk LiveWire selepas gagal mencapai unjuran sebanyak AS$251 juta (RM11.8 bilion).

Dengan penarikan diri pelabur, Harley-Davidson tiada pilihan lain selain membelanjakan AS$100 juta (RM5 bilion) lagi setelah melabur dengan jumlah yang sama pada peringkat awal LiveWire.

Sudah tentu, keadaan agak berbeza kali ini, memandangkan ia kini berada di bawah kepimpinan baharu, dan keseluruhan industri sedang mengalami perubahan besar daripada ICE kepada EV.

Ketua Pegawai Eksekutif Harley, Jochen Zeitz nampaknya begitu berminat dengan masa depan mobiliti tempat kerja yang hanya membuatkan perpecahan antara Harley dan LiveWire menjadi lebih pelik.

Apa pyn, usaha menghasilkan jenama EV masih satu jalan yang panjang untuk pengeluar. Lebih-lebih lagi, kelebihan EV nampaknya akan memihak kepada pengeluar motosikal. Ia disebabkan oleh berat bateri, jisim, serta jarak perjalanan yang lebih rendah berbanding pembuatan dan pengeluaran kereta elektrik.

Justeru, hala tuju elektrifikasi untuk motosikal masih lagi satu pelaburan dengan pulangan berbaloi pada masa depan.

Google ads
Back to top button