Buletin

DIBELENGGU ISU RANTAIAN BEKALAN, FORD BATAL PESANAN KENDERAAN DARIPADA JABATAN POLIS AMERIKA

Pada awal tahun ini, Jabatan Syerif Daerah Lincoln telah menempah SUV Ford baharu. Namun timbul berita pada lewat Oktober lalu, Ford memaklumkan kepada jabatan itu bahawa mereka tidak dapat memenuhi permintaan tersebut.

Menurut Todd Brackett dari Jabatan Syerif Daerah Lincoln, pihak jabatan juga tidak pasti sama ada isu rantaian bekalan menjadi penyumbang kepada keputusan tersebut dibuat atau terdapat masalah lain.

Katanya, Ford hanya memberitahu mereka tidak dapat memenuhi pesanan seperti diminta.

Menariknya, kejadian seperti ini bukanlah pertama kali berlaku. Bulan lalu, KSNT melaporkan Pejabat Sheriff Shawnee County menghadapi isu yang sama. Jurucakap sheriff Abigail Christian memberitahu Ford telah membatalkan beberapa pesanan polis di seluruh negara.

Dalam kes ini, pesanan dibuat pada 14 Mac. Tetapi Ford membatalkan pesanan tersebut pada 27 September tanpa sebarang penjelasan lanjut.

Pejabat Syerif Daerah Shawnee membuat pesanan baharu yang dijangka tiba pada April 2023, tetapi dalam pada itu, pihak jabatan perlu mencari penyelesaian alternatif.

Seperti sedia maklum, kenderaan polis digunakan pada setiap hari, jadi adalah penting untuk menggantikan kenderaan tersebut apabila perbatuan mencecah antara 100,000 hingga 120,000.

Pada masa sama, Ford terpaksa menjual kereta kepada orang ramai tanpa ciri utama. Rivian pula terpaksa menggunakan sistem perundangan untuk menangani isu rantaian bekalan.

Google ads
Back to top button