Buletin

ALAMI PENGALAMAN JINBA-ITTAI DALAM PROGRAM ADVANCE DRIVING ANJURAN MAZDASPORTS ACADEMY

MazdaSports Academy yang bernaung di bawah Bermaz Motor hari ini teruja untuk mengumumkan penganjuran program pengalaman pemilikan “Advance Driving” kali kedua.

Berikutan sesi pertama yang cukup berjaya pada Jun lalu, MazdaSports Academy kini membuka program tersebut kepada para pemlik Mazda CX-5. Ia bakal berlangsug pada 13 dan 14 Oktober 2018 di MAEPS, Serdang.

Sedia maklum bahawa Mazda membangunkan CX-5 untuk menjadi sebuah SUV yang menawarkan keseronokan memandu dan boleh dinikmati oleh semua.

Justeru, MazdaSports Academy mahu memberi pengalaman kepada peserta untuk merasai sendiri semangat Jinba-Ittai.

Menerusi program ini, peserta akan belajar bagaimana untuk ‘bersatu’ dengan jentera masing-masing selain meningkat kemahiran pemanduan masing-masing.

Program ini terhad kepada 30 orang peserta setiap hari sahaja. Jika berminat, sila daftar di laman Facebook Mazda Malaysia: https://www.facebook.com/mazdamy/

Google ads
Back to top button