Artikel Pilihan

ALKISAH KERETA API BUKIT BENDERA YANG TELAH PUN BERUSIA 100 TAHUN

Pulau Pinang sememangnya menjadi tumpuan buat pelancong tempatan mahu pun luar negara untuk berkunjung, sama ada untuk menikmati keindahan Bukit Bendera, Pasembur, Nasi Kandar mahu pun Anak Mami. Maka tidak hairanlah sekiranya Francis Light pun turut terbabit sama dalam sejarah awal penjajahan British di Pulau Pinang.

Khabarnya Francis Light telah pun membuka Bukit Bendara pada tahun 1788 dengan penanaman buah Strawberi dan kemudiannya telah membina kediaman rasmi Gabenor British di atasnya yang diberi nama Bel Retiro dengan terdapat tiang bendera di luarnya. Dan ianya mula dipanggil sebagai Flagstaff Hill atau pun Bukit Bendera sehingga kini.

Dan Bukit Bendara ini terus digemari penduduk British untuk ke sana bagi menikmati cuaca yang dingin dan segar di puncak, tetapi kala itu mereka bergerak ke atas dengan menaiki tandu yang diusung berjalan kaki yang mengambil masa dua jam.

Bagi mengatasi permasalahan itu, beberapa penduduk telah mengusulkan cadangan pembinaan kereta api enjin stim dan telah siap untuk digunakan pada tahun 1905 namun usaha tersebut gagal disebabkan kesilapan teknikal. Tak upaya kot nak mendaki kecuraman sampai ke puncak.

Kemudiannya Arnold R Johnson, yang merupakan seorang Jurutera Federated Malay States Railway telah pun membangunkan sebuah sistem kereta api funikular daripada bawah Ayer Itam hingga ke puncak Bukit Bendera meliputi jarak trek 1.996 kilometer dengan kos yang lebih efektif.

Dan ianya secara rasmi beroperasi pada 21 Oktober 1923 dengan menggunakan gerabak kayu yang mampu menampung sehingga 40 penumpang sekali jalan. Dan kereta api funikular ini adalah yang merupakan pertamanya di Asia Tenggara. Dan trek laluan ini mempunyai 11jejambat untuk menampung binaan serta sebuah terowong untuk menembusi bukit. Tahukah bahawa tahap keceruman trek ini mencecah sehingga 27.9 darjah. Curam oi.

Setelah beberapa puluhan tahun dengan kapasiti yang terhad serta tempoh perjalanan yang agak lama untuk tiba, maka gerabak baru yang berwarna merah telah diganti dan mula digunapakai bermula tahun 1977. Fasitiliti gerabak merah ini lebih moden apabila dilengkapi dengan pintu gelongor automatik dan juga kipas di dalamnya dengan keupayaan membawa sehingga 80 penumpang.

Tempoh perjalanan kini disingkatkan kepada hanya 30 minit termasuk dengan pertukaran di stesen tengah.

Namun apabila masuk ke era milenium, gerabak merah ini dilihat tidak lagi relevan sementelah kerap mengalami kerosakan dan kerja – kerja penyelenggaraan yang semakin mahal. Dan dengan dana daripada Kerajaan Persekutuan atas dasar pembangunan sektor pelancongan, sistem kereta api funikular yang baharu telah pun diganti pada tahun 2010.

Gerabak serba baharu ini berupaya membawa sehingga 100 penumpang untuk sekali jalan tanpa perlu penukaran stesen di tengah serta hanya mempunyai tempoh perjalanan hanya 4 minit setengah sahaja untuk tiba di stesen puncak.

Dan selepas 100 tahun, Kereta Api Bukit Bendera ini kekal terus menjadi tumpuan buat pelancong terutamanya musim cuti sekolah. Dia punya beratur tu punyalah ramai. Tapi apa adahal, sekejap aja beratur dah boleh naik sampai ke atas kan.

Kredit Foto : YT Penang Hill Corporation

BACA : KERETA API MEWAH ARAB SAUDI – DREAM OF THE DESERT BAKAL BEROPERASI TAHUN 2025

BACA : WHOOSH, KERETA API BERKELAJUAN TINGGI HUBUNG JAKARTA – BANDUNG RASMI DILANCARKAN

Google ads

B K

Back to top button