Artikel Pilihan

ATAS NAMA KESELAMATAN VOLVO SANGGUP ‘LAGAKAN’ DUA SUV MEREKA – PENGORBANAN JUGA NI

Memang tak dapat dibayangkan bila sebuah kereta kecil dilanggar oleh SUV bersaiz besar. Volvo telah merealisasikan peristiwa tersebut dan membuktikan model kecil keluaran mereka masih boleh menyelamatkan nyawa walaupun dihentam SUV besar dari sisi. Simulasi kemalangan ini telah dijalankan di pusat keselamatan Volvo di Torslanda, Sweden. Siapa lagi yang cukup komited dengan isu keselamatan kalau tidak Volvo.

EX30 merupakan model Volvo yang paling kecil di pasaran dan pada asasnya ia cuma seberat 1.8 tan. EX90 pula mempunyai saiz yang lebih besar dengan berat keseluruhan mencecah 2.7 tan! Memang tak dapat dibayangkan bila ia menghentam EX30 yang bersaiz kecil molek. Mari kita tonton video yang dirakam supaya lebih jelas lagi.

Kemalangan berlaku sewaktu EX30 bergerak dalam kelajuan 20kmj manakala EX90 pula sedang bergerak selaju 50 kmj. Sebagai rujukan kesemua model keluaran Volvo dihadkan kelajuannya pada 180 kmj bermula tahun 2020. Nak lagi laju sila beli kereta lain.

Rekaan hadapan EX90 menunjukkan bagaimana ia mampu mengurangkan risiko kecederaan terhadap penumpang bila berlanggar dengan kereta lain dari hadapan. Bahagian bawah hadapan EX90 berinteraksi dengan pelindung sisi model yang lebih kecil sekaligus menyerap daya hentaman sekaligus menyelamatkan penumpang. Volvo meletakkan dua patung ujian perlanggaran bersaiz wanita berbadan kecil di bahagian dalam EX30.

Oleh sebab kedua model ini merupakan model terbaru Volvo, ia masih belum menjalani ujian Euro NCAP dan NHTSA. Tapi jangan bimbang la. Kalau dah namanya Volvo boleh kata agak mustahil untuk keduanya mendapat markah rendah.

Volvo bukan hanya berhasrat untuk menjadikan kereta mereka lebih selamat dalam kemalangan malah mereka mahu mengelak terus kemalangan daripada berlaku. Fuh, jangan main-main.

Google ads
Back to top button