Artikel Pilihan

PORSCHE TAYCAN, TAMBAH JARAK PERJALANAN 35% DENGAN CARA MUDAH

Porsche Taycan merupakan salah satu projek kereta elektrik dari jenama Jerman bagi mencabar keupayaan Tesla, sekali lagi mengejutkan dunia automotif dengan beberapa perubahan teknikal kecil pada model Taycan. Namun dari segi perubahan jarak, ia adalah perubahan yang agak ketara

Pertama sekali bahan kimia bateri diubah dari formulasi 811 bagi bateri Nickel Manganese Cobalt (8 bahagian Cobalt, 1 bahagian Nickel dan 1 bahagian Manganese) kepada formulasi 712. Penggunaan Cobalt meningkatkan ketumpatan tenaga yang boleh disimpan

Bagi model Taycan Standard, perubahan tenaga adalah daripada 79.2kWh kepada 89kWh (82.3 usable). Peningkatan juga boleh dilihat pada model Performance yang menyaksikan kapasiti bateri meningkat dari 93.4kWh kepada 105kWh (97kWh usable) atau sebanyak 14% kepada jarak pemanduan keseluruhan bagi Taycan Turbo S

Namun peningkatan kapasiti bateri ini adalah selaras dengan peningkatan berat bateri, menyebabkan Porsche mengubah ketebalan tembaga pada sistem bateri, mengurangkan bilangan fius dan keluli pelindung digantikan dengan komposit. Keadaan ini mengurangkan berat pek bateri sebanyak 9kg.

Porsche juga merubah sistem kawalan haba bagi bateri dengan meluaskan parameter ideal untuk bateri ion lithium beroperasi. Keadaan ini membenarkan proses DC Fast Charging berlaku pada suhu 15 darjah Celcius.

Malah Heat Pump yang digunakan turut ditukar dari sistem 400volt kepada 800 volt bagi meningkatkan kecekapan operasi Heat Pump. Selain itu, motor elektrik dan unit inverter telah ditukar kepada unit yang lebih efisyen.

Sistem On Board Charger juga boleh menerima pengecasan pantas sehingga 320kW berbanding 270kW, berupaya mengecas dari 8% kepada 80% dalam masa 16 minit sahaja. Sistem brek regeneratif pula berupaya mengecas sehingga 400kW berbanding dengan 320kW sebelum ini

Sistem ECU pula akan sentiasa memantau keadaan brek regeneratif dan brek biasa pada roda bagi menjadikan Taycan lebih stabil dan mengurangkan masalah motion sickness pada pemandu dan penumpang

Bukan itu sahaja, spring untuk pelapik brek telah ditukar bagi memastikan semua tenaga kinetik dituka kepada tenaga elektrik dan bukannya terbazir sebagai tenaga haba. Secara keseluruhan, Porsche menjanjikan perubahan teknikal yang dibuat pada Taycan akan membenarkan ia dipandu sejauh 35% lebih jauh berbanding dengan model sebelum ini

Google ads
Back to top button