Artikel Pilihan

THE ICON – YACHT ELEKTRIK FUTURISTIK YANG SESUAI SCAMMER BERJAYA

Dinamakan The Icon, bot futuristik ini direka oleh pengeluar buat dari Jerman. Rekaannya dihasilkan oleh studio Designworks yang merupakan subsidiary BMW. Rekaannya memang langsung tak sama dengan bot ataupun yacht lain yang biasa kita. Langsung tak mengikut buku, sama seperti Cybertruck buatan Tesla. The Icon ini juga beroperasi menggunakan bateri sepenuhnya.

Ia didedahkan buat pertama kali di Festival Filem Cannes tahun lepas. Punyalah pelik lagi canggih rasanya ramai yang menyangka ia bot props untuk filem James Bond. Ia sepanjang 43 kaki dengan rekaan berbentuk prisma yang lengkap dan mempunyai gaya hidrofoil. Bermakna ia sebenarnya seakan berdiri di atas permukaan air sekali gus mengurang olengan pada bahagian badan bot.

Penggunaan kaca yang meluas memberikan pandangan yang luas dan bergaya kepada penumpang. Privasi bukan keutamaan pada rekaan ini. Dah kaya kena menunjuk-nunjuk ke macam mana?

Hanya satu unit dihasilkan dan ia memang berfungsi sepenuhnya. Kini ia sedang mencari pemilik baharu melalui lelongan yang akan diadakan.

Seperti kami bagitahu, The Icon ini berkuasa elektrik sepenuhnya dan ia dilengkapi dengan enam pek bateri 40kWh yang dipinjam dari BMW i3. Ia membekalkan kuasa yang mencukupi untuk sepasang motor elektrik 100 kW yang menggerakkan bot ini hingga ke kelajuan maksima 27 knot. Jika belayar pada kelajuan 24 knot (44kmj), The Icon boleh belayar sejauh 93 kilometer ataupun 50 batu nautika.

Bahagian dalaman jangan cerita sebab ini adalah rekaan studio kepunyaan BMW. Ia cukup mewah dan canggih siap dengan sistem audio canggih dan sistem kawalan yang diaktifkan suara.

Ada duit baik beli, ko guano abe kito?

Google ads
Back to top button