WHOOSH, KERETA API BERKELAJUAN TINGGI HUBUNG JAKARTA – BANDUNG RASMI DILANCARKAN
Presiden Indonesia Joko Widodo baru-baru ini merasmikan landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan ibu kota negara itu dengan bandar Bandung.
Projek bernilai AS$7.3 bilion (RM34.5 bilion) itu disokong oleh China dan kerap kali dilanda pelbagai masalah terutamanya dari isu perolehan tanah, kelewatan, kos meningkat selain faktor pandemik.
Digelar sebagai ‘Whoosh’, kereta api itu boleh mencecah 350 kilometer sejam (217 mph).
Menurut Jokowi, ‘Whoosh’ adalah lambang pengangkutan moden yang mesra alam.
Untuk rekod, landasan kereta api tersebut adalah sepanjang 142 kilometer dan telah melakukan percubaan pertama pada minggu kedua September lalu.
Tambah Menteri kanan yang menyelia projek itu, harga tiket akan dilaksanakan pada pertengahan Oktober ini.
- BACA: GARA-GARA MAJLIS KAHWIN TEPI LANDASAN, KERETA API TERPAKSA PERLAHAN
- BACA: KESILAPAN SAMBUNGAN ISYARAT AUTOMATIK PUNCA NAHAS KERETA API TERBURUK INDIA
- BACA: HUJAN LEBAT BERTERUSAN, JEPUN GANTUNG PERKHIDMATAN KERETA API LAJU
- BACA: GARA-GARA SWAFOTO, PELANCONG MENINGGAL DUNIA SELEPAS TERJATUH DARI KERETA API “DEATH RAILWAY” DI THAILAND