
ALPHA ACE EV, TAMPIL REKAAN KOMPAK DAN RETRO
Mungkin kita tidak pernah mendengar model Alpha Ace.
Begitupun, gambar kenderaan elektrik (EV) terbaharu didedahkan baru-baru ini mempunyai persamaan dengan jentera Alfa Romeo GT Junior 2017 yang dimodenkan secara komprehensif.
Kelainan Alpha Ace itu adalah ia dijana kuasa elektrik dan menawarkan rekaan retro di bahagian luaran serta dalaman jentera terbabit.

Tidak seperti Porsche Taycan yang menyasarkan membangunkan jentera elektrik dengan penekanan kelajuan, kemewahan dan pelbagai ciri-ciri menarik pada kenderaan moden, Alpha Ace menggunakan pendekatan berbeza dalam pembangunan kereta itu.
Biarpun, mempunyai pengaruh jentera Itali, syarikat pengeluar ingin memberi tumpuan kepada kesederhanaan dan mengikut kehendak pengguna.
CEO Alpha Motor Corporation, Michael Smith memberitahu Ace coupe berkenaan disasarkan kepada pengguna yang inginkan kelainan, penjimatan tenaga dan mesra alam.

Ia didatangkan dengan warna perak unik dikenali sebagai Blue Seraph malah memiliki diameter yang agak kecil berbanding Porsche 911.
EV terbaharu ini memiliki ukuran 165 inci panjang, lebar 74 inci manakala ketinggian hanya mencecah 57 inci sahaja.
Alpha Ace dilengkapi lampu utama LED, sistem bunyi premium dan pilihan rim dengan saiz 16 ataupun 18 inci.
Alpha Ace didatangkan dimensi kompak masih menawarkan ruang simpanan belakang yang cukup luas.

Selain itu, ruang kabin juga lebih ringkas dengan roda stereng yang hanya mempunyai dua butang tetapi dilengkapi paparan infotainmen skrin sentuh terkini serta moden.
Dengan memiliki berat 1632 kg, jentera ini masih mampu memecut 0-100 km/j dalam masa enam saat.
Alpha masih belum mendedahkan harga dan ciri-ciri terperinci EV tersebut dan dijangka akan dimaklumkan dalam tempoh beberapa bulan lagi. -carbuzz
- BACA: TOYOTA GIAT BANGUNKAN BATERI EV. 500KM SEKALI CAJ, PENUH DALAM MASA 10 MINIT, TIADA RISIKO TERBAKAR
- BACA: BMW iX. EV PALING CANGGIH BMW. MOTOR BERKEMBAR, 503PS, 600KM SEKALI CAJ
- BACA: HUMMER EV EDITION 1 HABIS TERJUAL DALAM TEMPOH 10 MINIT. POWER SANGAT KE?
- BACA: KENDERAAN ELEKTRIK TERBAHARU BMW. SUT SAYAP, KELAJUAN MELEBIHI 300 KM/J