
Yamaha Y15ZR edisi khas DOXOU telah dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor pada karnival GenBlu bulan lepas. Ia adalah edisi terhad pertama bagi keluaran Malaysia sejak versi V2 facelift Y15ZR diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun ini.
Dengan tagline “Sports Fashion Edition” jentera tersebut diinspirasikan daripada perkataan Jepun Doxou yang bermaksud “kreatif” dan “mendahului gaya hidup”. Hasilnya, kedua-dua motosikal itu tampil dengan gabungan warna yang berani.
Sebagaimana yang anda boleh lihat, rim aloi hadapan dan belakang didatangkan dalam dua warna berbeza iaitu biru dan hitam. Sementara warna badannya juga cukup berbeza (pelik), warna merah seperti tembaga dan biru matt.
Motosikal itu juga didatangkan dengan set hadiah premium termasuklah fon kepala Doxou, rantai kunci, serta sijil yang dilengkapi perincian seperti nombor enjin dan chasis.
Versi V2 ini bagaimanapun tidak menerima sebarang perubahan lain. Ia masih dikuasakan enjin SOHC 150cc yang mampu menjana kuasa 14.7hp dan tork 13.8Nm.
Ketika dilancarkan, Y15ZR Doxou ditawarkan pada harga RM8,868.
DAH SAMPAI KEDAI
Sejak beberapa hari lepas, model ini sudah mula tiba di premis pengedar Yamaha dan seperti yang dapat dijangka pada model-model “edisi terhad/limited/khas” atau apa sahaja benda-benda trending, harga jualannya meningkat seiring dengan permintaan.
Satu kedai meletakkan “harga jualan” asas pada motosikal iaitu RM8,868. Tetapi apabila ditanya di kaunter. harganya ialah
RM12,800 atas jalan dengan insurans 1st party dan cukai jalan untuk belian tunai. Nak beli ansuran? tambahlah lagi barang seribu dua harga jualan dan tambah lagi kadar faedah yang entah berapa ribu lagi.
Di premis kedua pula, pekedai nampaknya tanpa segan silu terus letak harga jualan RM12,500 terus dan ia sebenarnya bukan harga atas jalan pun. Harga “body semata-mata”. Tak sanggup nak tanya berapa harga OTR.
- BACA: YAMAHA AKAN LANCAR Y15ZR & NVX DOXOU HUJUNG MINGGU INI
- BACA: YAMAHA VIETNAM SEDIA LANCARKAN EXCITER 155 VVA?
- BACA: YAMAHA Y15ZR SAPU BERSIH PERLUMBAAN CUBPRIX PONTIAN!!!
- BACA: YAMAHA R1 & R1M 2020 DIDEDAHKAN – LEBIH POWER & AERODINAMIK!
GALERI