Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – APA PASAL JAHAT PEMBULI JALANRAYA NI?

Isu Pembuli Jalanraya ini dewasa ini kian menjadi – jadi dan semakin teruk pula rasanya. Tapi tiada siapa yang pernah tahu apa isi hati mereka sebenarnya. Nah, kali ini Brader Karrager bawakan sesi Sembang Santai bersama Pembuli Jalanraya pula.

BK : Halo. Apa Khabar?

Pembuli : Halo BK. Khabar baik.

BK : Aku nak tanya sikit ni. Apa benar kau ini seorang Pembuli Jalanraya?

Pembuli : Hahahaha! Macam tahu tahu sahaja BK ini. Benar bagai dikata. Aku adalah Pembuli Jalanraya. Ada apa kau cari aku ni BK? Nak kena buli juga ke?

BK : Eh! Eh! Kau ni. Agak – agaklah kalau iya pun. Takkan semua orang kau nak buli.

Pembuli : Alah BK ni. Aku seloroh aja lah. Kan waktu rehat ni. Mai jemput makan sekali. Berani juga kau ni jumpa aku ni ya.

BK : Allahu.. Aku ni datang dengan niat yang baik. Tak mungkin kau berani nak buat benda tak senonoh kan? Beginilah. Sejak akhir – akhir ini, nama kau sebagai Pembuli Jalanraya sedang meningkat naik. Ada aja kes. Cuba kau ulas sikit.

Pembuli : Hmmmm berat juga soalan kau ni BK. Senang ceritalah. Aku ini bukanlah seorang yang gemar di provoke. Sikit pun jangan. Nak nak kalau time hujung bulan atau baru lepas gaduh dengan bini sebab tak bagi aku keluar lepak mamak tengok bola. Time tu janganlah sesiapa pun buat hal. Kalau atas jalan, aku sanggup kejar sampai ke Senawang walaupun time tu aku sebenarnya nak ke Kajang aja makan satay. Sudahnya terpaksa aku makan Satay Tulang kat Senawang tu aja.

BK : Kiranya Iman kau ni lebih nipis daripada kulit bawang lah ya?

Pembuli : Iya. Itu harus aku akui.

BK : Tak boleh bawa bersabar ke? Kadang dia orang bukan sengaja pun nak tukar lorong secara mengejut tu.

Pembuli : Eleh. Alasan. Lepas tu dah buat salah, angkatlah tangan tanda maaf ke. Ini main blah macam tu aja. Memang aku angin lah.

BK : Alahai kau ni pun. Bertolah ansur lah sikit. Mesti masa sekolah kau ni jenis yang suka buli juga kan? Kan?

Pembuli : Eh tak juga BK. Masa sekolah geng kita orang biasanya pelajar yang baik. Jarang menimbulkan masalah di sekolah. Ramai Pembuli Jalanraya ini sebenarnya aliran ERT tau.

BK : Hmmm aku syak kau ni mesti jenis yang kalau pergi kedai kalau boleh nak parking kereta depan cashier, parking kereta kedai Mamak layan bola pun jenis menyenget. Lepas tu, kau jugalah yang selalu guna Lorong Kecemasan waktu balik cuti Raya Haji itu hari kan?

Pembuli : Heheheh. No komen. No komen.

BK : Amboi. Pandai pula kau no komen bagai. Dah tu, apa sebenarnya apa yang masyarakat harus lakukan untuk berdepan dengan kau? Nak kena baca Ruqyah ke macam mana ni?

Pembuli : Kalau dah nampak bibit – bibit kemunculan geng macam aku ni, ada baiknya mereka berundur. Kalau aku dah mula menunjukkan isyarat jari tengah dan tepi, buat tak reti aja. Kalau dah kena hon, jangan dibalas hon. Dan paling penting, jangan pernah menjeling mata dengan aku. Itu pantang terbesar. Memang kita orang ni cepat naik angin. Aku kejar sampai dapat.

BK : Kira kita orang semua inilah yang kena bersabar dengan engkau aja?Geng kau semua boleh buat sesuka hatilah. Kalau begitu baiklah. Kalau kami semua pakat doa kau pakat terjun longkong lepas ni usah diharapkan pertolongan orang ramai.

Pembuli : Tak mengapalah. Kebergantungan aku terhadap Allah SWT sudah memadai.

BK : Amboi. Pandai pula kau bermain dengan kata – kata. Mesti kau ni juga spesis Penunggang Agama.

Pembuli : Ah! Apa – apalah BK. Malaslah aku nak sembang dengan kau. Boleh tahan sakit hati juga sembang dengan kau ni kan.

BACA : SEMBANG SANTAI : JAHAT SANGATKAH IBLIS LORONG KECEMASAN NI?

BACA : KLIMS 2018 – SEMBANG SANTAI BERSAMA KENDERAAN PERISAI BUDAK U

Google ads

B K

Back to top button