Artikel Pilihan

BUKA CERMIN SISI MOTOSIKAL, JADI LAGI LAJU? DR AID FAWZAL TOLONG JAWAB

Waalaikumussalam. Betul ke buang cermin sisi (side mirror) motor boleh jadi lagi laju?

Susah nak jawab soalan ni sebabnya kita ada dua kemungkinan:

1) Betul laju sebab dapat kurangkan rintangan angin, atau

2) Terasa laju disebabkan ‘kesan placebo’ (syok sendiri).

——

[Kemungkinan 1] Betul laju sebab kurang rintangan angin.

Motorsikal yang berkapasiti kecik ni kuasanya pon kecik. Jadi setiap perkara yang menghalang angin boleh beri kesan dalam menetukan kelajuan maksimum yang mampu dicapai.

Contohnya kita selalu tengok geng motorsikal berkapasiti kecik ni ‘superman’ tapi kita tak pernah tengok geng superbike buat hal yang sama.

Diorg buat superman tu supaya lebih banyak kuasa enjin digunakan untuk tambah kelajuan berbanding kuasa untuk melawan rintangan angin.

——

[Kemungkinan 2] Terasa laju atas ‘kesan placebo’ (syok sendiri).

Ada beberapa perkara yang bila kita buat perubahan, kesannya tak ada tapi kita sorang² terasa.

Mungkin berat kalau nak kata syok sendiri, tapi ni lah dia ‘kesan placebo’ (placebo effect).

‘Kesan placebo’ adalah fenomena dimana seseorang merasakan suatu tindakan tu memberi kesan (baik/buruk) kepadanya secara langsung, padahal tindakan tersebut bukan suatu yang benar atau nyata.

Contohnya doktor kasi ubat & korang rasa sihat. Sedangkan ubat tu gula² je.

Contoh lain berkaitan automotif…

Korang pernah tak lepas basuh kereta/motor, korang terasa kereta/motor korang laju, smooth & naik prestasi.

Kalau korang berlatarbelakangkan kejuruteraan, mula la fikir sebab enjin sejuk, operasi lebih baik atau permukaan kereta dah takde kotoran, jadi kurang rintangan angin & sebagainya.

Ni semua andaian kita untuk mengiakan keadaan yang kita rasa je.

——

Jadi disini, kita ada dua kemungkinan:

Kemungkinan 1 adalah benar jika saiz cermin sisi kita besar sehingga ia memberi rintangan angin yang banyak. Juga kapasiti enjin kita kecil dan terkesan dengan rintangan angin tersebut.

Sebaliknya kemungkinan 2 boleh jadi benar jika cermin sisi motorsikal tu kecil je dan tak beri rintangan angin yang banyak pon. Kita je terasa.

Nak pastikan mana yang betul, korang boleh uji sendiri. Uji di kawasan persendirian atau di litar. Kalau uji di jalan raya, jangan susahkan pengguna jalan raya yang lain ya.

——

*Sikit tambahan*

Menurut R. Bernard, (2010), Road Vehicle Aerodynamic Design, cermin sisi (side mirror) pada sesebuah kereta menyumbangkan sebanyak 3-6% daripada jumlah total daya seret. Jadi kene nisbahkan antara nilai daya seret dengan kuasa enjin.

Untuk motorsikal saya tak Jumpa data nya.

Patuhi undang² jalan raya. Ganti cermin sisi yang kecil & aerodinamik lebih baik daripada buang terus. Dah la tak nampak belakang, tak pasal dapat surat saman lagi semata² tambah 1-2km/h. Rugi lebih.

Dr Aid Fawzal

Middlesbrough UK

Jika anda ada sebarang soalan berkaitan dengan dunia automotif, jangan segan silu untuk bertanya pada yang pakar iaitu di laman rasmi Dr Aid Fawzal samaada di Facebook ataupun Twitter.

Google ads
Back to top button