TOYOTA GR COROLLA KINI DI THAILAND. 304HP, HARGA RM500K!
Toyota GR Corolla membuat debut pertama ASEAN di Thailand setelah pendedahan global pada April lalu. Media Headlightmag melaporkan hanya sembilan unit akan tersedia di pasaran Thailand.
Ketibaan GR Corolla di Thailand bertepatan dengan ulang tahun ke-60 Toyota Motor Thailand yang turut menyaksikan pendedahan beberapa model edisi khas.
Untuk GR Corolla di pasaran Thailand, jentera berkenaan hadir dengan vented bonnet dan bumbung gentian karbon, sama seperti Circuit Edition GR Corolla versi standard yang dijual di Amerika Syarikat.
Walau bagaimanapun, pilihan warna adalah terhad iaitu outih (Ice Cap White) dan hitam (Precious Black). Manakala tema dalaman pula terdapat pilihan sama ada Black Smoke atau Ignition Red. Pilihan Ignition Red datang dengan kos tambahan sebanyak 10,000 baht (RM1,268).
Senarai kit standard termasuklah lampu depan LED automatik, rim aloi 18-inci, gabungan upholsteri kulit tulen dan sintetik Brin Naub, sistem kemasukan tanpa kunci, ciri start/stop, sistem infotainmen dengan skrin sentuh tujuh inci bersama ketersambungan Android Auto dan Apple CarPlay.
Selain itu, terdapat juga kluster instrumen digital 12.3-inci, pengecas tanpa wayar, tujuh beg udara, rangkaian sistem keselamatan pasif dan Toyota Safety Sense 3.0 yang merangkumi ciri autonomous emergency braking (AEB), lane departure warning, auto high beam dan kawalan jelajah adaptif.
GR Corolla ialah sebuah hatchback berprestasi tinggi dengan sistem pacuan semua roda (AWD) dan dipacu oleh enjin 3-silinder. Enjin 1.6-liter turbo itu mampu menjana 304hp dan 370Nm tork yang dipadankan dengan transmisi manual 6 kelajuan.
Sistem pacuan semua roda GR-Four menawarkan mod pemanduan Normal, Sport dan Track yang membolehkannya mencatat masa 0-100 km/j selama 5.5 saat.
Di Thailand, hot hatch AWD terbaharu Toyota itu dijual pada harga 3.949 juta baht (RM500,352) seunit.
GALERI:
- BACA: PENGEDAR TOYOTA USA NAIKKAN HARGA GR COROLLA LEBIH 50 PERATUS, GILA UNTUNG KAW-KAW
- BACA: TOYOTA SEDANG PERTIMBANG SEDAN GR BERPRESTASI TINGGI – ADAKAH GR COROLLA SEDAN?
- BACA: GR COROLLA ‘MORIZO EDITION’ – LEBIH HARDCORE, 300 HP/400 NM, BUANG TERUS KERUSI BELAKANG!
- BACA: BELAJAR KAWAL GR COROLLA DENGAN DRIFTER KEN GUSHI. TUNJUK AJARKU SIFU!