Buletin

ANGKASAWAN NASA CADANG BUANG UNDI DI ANGKASA LEPAS

Angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) Kate Rubins bercadang membuang undi dari angkasa lepas.

Rubins kini berada di Star City, Moscow, Rusia sedang dalam persiapan bersama dua lagi angkasawan untuk pelancaran pada pertengahan Oktober dan menetap selama enam bulan di Stesen Angkasa Antarabangsa.

“Saya rasa ia adalah penting bagi semua orang membuang undi. Jika kita dapat melakukannya di angkasa lepas, saya yakin mereka yang berada di bumi juga boleh menggalas tanggungjawab itu.

“Ia sangat kritikal mengambil bahagian dalam sistem demokrasi. Kami menganggap ia sebagai satu penghormatan apabila dapat membuang undi di angkasa,” katanya.

Kebanyakkan angkasawan Amerika Syarikat (AS) menetap di Houston, Texas. Undang-undang negeri terbabit membenarkan pembuangan undi dilakukan di angkasa lepas dengan menggunakan kaedah undi elektronik yang selamat.

Pusat Kawalan Misi akan menghantar undi berkenaan ke angkasa sebelum ia diserahkan semula kepada pegawai daerah. – agensi

Google ads
Back to top button