Buletin

NISSAN RE:LEAF, JADI ‘GENERATOR’ WAKTU KECEMASAN DAN BENCANA

Satu kelebihan sesetengah kereta elektrik ialah keupayaan untuk membekalkan tenaga elektrik. Ini yang ditunjukkan oleh Nissan melalui kereta konsep RE-LEAF yang direka untuk menjadi pembekal tenaga bergerak susulan bencana alam atau cuaca ekstrem.

RE-LEAF dibina dari Nissan LEAF iaitu kereta elektrik produksi massa pertama dunia.

Kereta ini diubah suai untuk melalui permukaan jalan mencabar dan turut dilengkapi soket plug kalis cuaca yang dipasang terus pada bahagian badan dan boleh disambungkan kepada alatan berkuasa 110 volt hingga 230 volt dari punca kuasa bateri lithium-ion.

Sistem pengurusan tenaga pada RE:LEAF boleh menguasakan perkakasan perubatan, komunikasi, pencahayaan, pemanasan dan pelbagai alat sokongan nyawa.

Bencana alam adalah punca terbesar kepada gangguan bekalan elektrik. Mengikut Laporan Bank Dunia 2019, gegaran dan perubahan cuaca adalah punca kepada 37 peratus gangguan bekalan elektrik di Eropah dari tahun 2013 hingga 2017 dan 44 peratus di Amerika Syarikat.

Apabila bencana berlaku, masa yang diperlukan untuk bekalan elektrik kembali pulih biasanya mengambil masa 24 jam hingga 48 jam bergantung kepada kadar kerosakan.

Dalam tempoh tersebut, kenderaan elektrik mampu membekalkan tenaga yang bebas emisi untuk pelbagai keperluan.

Walaupun RE-LEAF sekadar model konsep, teknologi tersebut sudah pun digunakan secara realiti. 

Di Jepun, Nissan menggunakan LEAF untuk membekalkan tenaga dan pengangkutan kecemasan akibat bencana alam sejak tahun 2011 lagi. Nissan juga telah menjalin kerjasama dengan lebih 60 kerajaan tempatan bagi menyokong usaha bantuan bencana.

Untuk gambaran lebih jelas, generasi terbaru Nissan LEAF e+ dengan bateri penuh cas 62 kWh boleh membekalkan tenaga elektrik yang cukup untuk menguasakan purata isi rumah di Eropah selama enam hari.

Sebagai kenderaan pemulihan bencana, RE-LEAF boleh menguasakan pelbagai perkakasan serentak.

Berikut adalah contoh perkakasan berdasarkan penggunaan 230 volt.

  • Gerudi tukul – 24 jam – 36 kWh
  • Kipas pengalihudaraan tekanan – 24 jam – 21.6 kWh
  • Cerek sup 10 liter – 24 jam – 9.6 kWh
  • Ventilator perubatan rawatan rapi – 24 jam – 3 kWh
  • Lampu limpah LED 100 watt – 24 jam – 2.4 kWh

Setelah bekalan elektrik kembali pulih, kenderaan elektrik tersebut boleh dicas semula dan menyediakan pengangkutan sifar emisi dengan jarak sehingga 380 kilometer (WLPT) (sekali cas bateri LEAF e+).

BACA: NISSAN 370Z DAN 370Z NISMO DIJUAL DI FILIPINA, DARI RM237K!

BACA: PADA 2013 NISSAN MARCH NISMO DIPERKENAL, COMEL DAN SPORTI

BACA: LELAKI INI DAPAT FRONTIER DARI NISSAN! GANTI FRONTIER LAMA LEBIH 1 JUTA BATU

Google ads
Back to top button