Buletin

RALLY SHAKEDOWN KBS – MINGGU DEPAN NI OI!

Setelah sekian lama dunia rali tempatan suram, kelam dan malap akhirnya berita yang ditunggu buat pencinta aktiviti perlumbaan lasak, rali boleh menarik nafas lega apabila bakal berlangsung Rally Shakedown KBS pada minggu hadapan.

BK sendiri pun rasanya dah lama sangat tak menulis perihal dunia rali tempatan. Apatah lagi perlumbaan Malaysian Rally Championship (MRC) pun sudah 2 tahun tiada dalam kalendar perlumbaan tanahair. Yang ada pun hanyalah acara indie, membabitkan Rally Shakedown anjuran pasukan tempatan serta perlumbaan Tri-Nation Sprint Rally sebelum ini.

Rally Shakedown KBS dianjurkan bersempena dengan Hari Sukan Negara 2020 dan sudah semestinya bakal diadakan di ‘rumah permotoran’, Litar Sepang (dibaca: perkarangan) Walau bagaimana pun, program anjuran One Motorsports ini terhad hanya kepada jemputan dan peserta sahaja bagi mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Polisi tiada penonton. Kira macam acara tertutuplah senang cerita.

Iyalah, memandangkan keadaan semasa Pandemik Covid 19 di negara kita sejak akhir akhir ini sedikit membimbangkan apabila wujudnya individu yang sengaja atau tidak telah berkunjung ke lokasi panas (dibaca: Kempen di Sabah lah, apa lagi) dan pulang semula ke Semenanjung lalu menyebarkan virus merbahaya tersebut.

Maka, sedikit malanglah kiranya buat penonton dan peminat permotoran yang ingin berkunjung menyaksikan Rally Shakedown KBS ini nanti dari tepi jalan. Menurut Chepot yang BK hubungi, Anggota Keselamatan akan ditempatkan di kawasan yang berkemungkinan berlakunya pengumpulan umat beramai – ramai tanpa mematuhi SOP. Yang diaorang nak berkumpul beramai – ramai tak puas hati kenapa tak dapat jadi Ketua Segala Menteri (dibaca : contohnya) lantak situ. Kita di Semenanjung ni cubalah jaga situasi. sendiri. Menurut Chepot juga, memandangkan acara ini membabitkan nama Kementerian Belia dan Sukan sendiri, maka sudah tentu tidak mahu terpalit dengan sebarang kontroversi yang kurang bijak.

Menurut sesi persembangan juga, dikhabarkan juga telah sahih dua belas buah kereta rali yang bakal beraksi pada Sabtu hadapan. Tapi jumlah kereta yang bertanding sebenarnya ada limitasi juga. Kalau lambat, ketar lutut sambil sudahlah jawabnya. Sudah pasti kita boleh menjangkakan beberapa nama pemandu regular hampir pasti turut serta seperti Haji Cyco dan juga Nizam Lompat. Dan buat pemandu baharu, jikalau tidak mempunyai kereta rali, maka bolehlah hubungi Chepot untuk menyewa kereta rali. Subaru GC8 beliau pun entah ada berapa buah. Bolehlah sewa nanti.

Tapi nak lihat Chepot beraksi memang tidaklah. Kali ini Chepot akan menggalas tugas selaku Clerk of Course sahaja sambil dibantu Henzee selaku Event Director serta dibantu oleh kawan – kawan beliau dari One Motorsport juga. Semuanya dilakukan kerana satu tujuan yang sama, minat pada sukan rali. Akhir kata majulah karipap dan air sirap untuk sukan rali. Eh! Eh!

Butiran Lanjut Rally Shakedown KBS

Tarikh : 10/10/2020

Waktu : 8.00 pagi – 6.00 petang

Yuran Penyertaan – RM450

Pemandu Berikutnya – RM250 / Setiap pemandu berikutnya

Sila hubungi : Henzee +6019 99 77722 & Chepot +6019 66 77722

BACA : RALLY SHAKEDOWN ONE MOTORSPORTS BDRT

BACA : RALLY CHALLANGE 2019 – JR SPEED MENDOMINASI SAINGAN

Google ads

B K

Back to top button