Buletin

VPCM LANCAR BEETLE, VENTO ALLSTAR & VENTO GT

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) semalam memperkenalkan beberapa model menarik iaitu Beetle baharu, Vento ALLSTAR dan Vento GT ke pasaran Malaysia.

Semua model itu kini dipamerkan di pusat membeli-belah MidValley Megamall bermula 24 hingga 28 Mei 2017.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter memberitahu penawaran baru itu disasarkan kepada mereka yang mahu tampil berbeza berbanding orang lain.

Beetle Baharu

Ini merupakan edisi terkini model Volkswagen Beetle yang ikonik. Beetle baharu ditawarkan dari harga RM136,888 dan didatangkan dalam pilihan warna putih, merah, biru, tembaga, oren dan perak.

Antara penambahbaikan pada Beetle baharu termasuklah sistem pendingin hawa 2 zon Climatronic, komposisi media dengan paparan skrin sentuh bersama App-Connect, tempat duduk dibalut kulit “Vienna” dan sokongan lumbar pada tempat duduk hadapan, lampu utama jenis bi-xenon serta lampu nyalaan siang LED.

Gabungan enjin TSI 1.2l dengan pengecas turbo berkuasa 105PS dan transmisi automatik DSG 7 kelajuan bersama tork maksimum 175Nm memastikan pemanduan yang mengujakan. Dua varian ditawarkan iaitu Design dan Sport.

Vento ALLSTAR

Vento ALLSTAR ialah edisi ALLSTAR kedua yang diperkenalkan oleh VPCM selepas Polo ALLSTAR baru-baru ini. Ditawarkan pada harga bermula RM78,888 seunit, ia hadir dalam warna perak dan putih.

Vento ALLSTAR dilengkapi aksesori eksklusif bernilai RM7,000 seperti tempat duduk kulit, pedal sports aluminium, spoiler belakang, jalur hitam pada pintu dan kemasan belakang, plat sisi ‘ALLSTAR’, emblem serta karpet.

Enjin 1.6L MPI dipadankan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan bersama fungsi Tiptronic. Ia memberikan Vento ALLSTAR kuasa 105PS, tork maksimum 153Nm dan penggunaan bahan api sekitar 6.5l bagi setiap 100km*.

Sebagai bonus tambahan, Vento ALLSTAR dipasang dengan aplikasi MYVW Drive yang memberi kemudahan di hujung jari pemandu.

Dengan pelbagai fungsi termasuklah pemantauan penggunaan bahan api dan jarak, aplikasi tersebut dapat meningkatkan pemanduan menerusi kemampuan pintar yang memastikan pemandu kekal selamat dan berada dalam kawalan. Selain menghilangkan rasa bimbang kerana pemandu tahu tentang kondisi dan prestasi kenderaan.

Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mendapatkan bantuan daripada pihak Mondial Roadside Assistance jika berlaku kecemasan.

Vento GT

Vento GT yang rugged ini ditawarkan pada harga RM89,888 dan hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM9,000. Antaranya termasuklah bumbung dan perumah cermin sisi berwarna hitam “Satin”, jalur hitam pada pintu, tempat duduk dibalut kulit, pedal sports aluminium, GT Aerokit, plat sisi, emblem serta karpet. Dua pilihan warna ditawarkan iatu perak dan putih.

Vento GT dijana oleh enjin pancitan terus 1.2l TSI turbocharged berkuasa 105PS. Dipadankan dengan kotak gear DSG 7 kelajuan automatik dan tork maksimum 175Nm, Vento ialah sebuah sedan yang memiliki kuasa tork paling tinggi dalam kelasnya.

Dengan kualiti pengendalian dan prestasi luar biasa, catatan penggunaan bahan apinya ialah 5.5l bagi setiap 100km. Vento 1.2l telah diiktiraf sebagai Compact Car of the Year pada acara Malaysia Car of the Year 2016.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads
"
"
Back to top button