Artikel Pilihan

TERLALU BANYAK MINYAK PELINCIR DITUANG DALAM ENJIN? BURUK PADAHNYA

Sama seperti peralatan mekanikal yang lain, enjin kereta samaada petrol, hibrid atau diesel memerlukan minyak pelincir untuk beroperasi dengan lancar dan juga sebagai agen penyejukan. Semasa operasi enjin, adalah normal untuk enjin membakar minyak pelincir dan kuantiti minyak pelincir akan berkurang dari masa ke semasa terutama untuk enjin turbo

Jadi anda mungkin perlu menambah minyak pelincir sedikit untuk memastikan enjin anda beroperasi dengan baik. Tetapi disebabkan anda tidak berapa professional, anda mungkin anda memasukkan terlalu banyak minyak pelincir ke dalam enjin tanpa sengaja.

Jika kuantiti minyak enjin yang masuk adalah sedikit, tiada apa yang perlu dirisaukan. Tetapi jika anda dengan sengaja memasukkan minyak enjin sehingga 3 atau 4 kali ganda daripada kuantiti yang dicadangkan oleh pengeluar, maka anda akan berhadapan dengan masalah besar termasuklah fungsi minyak enjin akan terjejas.

Hal ini diterangkan dengan bagus melalui saluran Youtube Garage 54, menunjukkan apa yang berlaku pada enjin dan minyak enjin melalui rekaan oil pan yang lutsinar. Antara perkara yang dapat diperhatikan apabila terlalu banyak minyak pelincir dimasukkan dalam enjin termasuklah minyak pelincir yang membanjiri aci engkol.

Aci engkol yang tenggelam dalam minyak pelincir akan memercikkan minyak pelincir pada block enjin dan menghalang proses pengudaraan dalam enjin. Keadaan ini juga menyebabkan minyak pelincir berubah menjadi seperti susu buih (milkshake), hilang keupyaan untuk menyejukkan enjin dan melincirkan komponen enjin

Minyak pelincir tadi juga akan dipaksa keluar melalui tiub crankcase ventilantion, berubah menjadi seperti buih sabun mandi dan bukannya seperti cecair yang dikehendaki oleh enjin. Dalam keadaan ini juga, tekanan minyak boleh menurun dan sesetengah komponen penting tidak mendapat minyak pelincir yang cukup untuk beroperasi.

Komponen seperti alas bebola besi yang digunakan mungkin gagal mendapat minyak pelincir yang cukup, beroperasi dengan geseran tinggi, panas dan boleh gagal dalam satu sela masa yang lama. Malah buih minyak pelincir tadi tidak dapat membawa haba keluar dengan berkesan menyebabkan enjin menjadi semakin panas

Jadi untuk operasi enjin yang optimum, adalah sangat bagus untuk mengisi minyak pelincir mengikut saranan yang dikeluarkan oleh pengeluar. Tak semua benda yang banyak mendatangkan kebaikan kepada kita.

Google ads
Back to top button