Artikel Pilihan

APA KAITAN MAZDA RX-7 FD DENGAN JAGUAR E-TYPE

4 bulan selepas kemenangan pasukan MazdaSpeed di Le Mans, Mazda melancarkan kereta sport terbaru mereka iaitu Mazda RX-7 di Tokyo Motor Show yang ke 29. Ia merupakan keretayang memiliki rekaan yng paling elegan yang pernah dihasilkan oleh Mazda

Tapi tahukah anda bahwa rekaan RX-7 sebenarnya dihasilkan oleh jururekabentuk atau designer yang berasal dari Taiwan iaitu Wu-Huang Chin. Semenjak dari kecil lagi Chin memang sangat mengagumi kereta terutama Jaguar E-Type dan ketika dia memang memiliki E-Type ketika sedang menghasilkan rekaan RX-7

Rekaan Jaguar E-Type merupakan kereta paling cantik yang pernah dihasilkan pada tahun 1961 sehingga rekaan ini dikagumi oleh Enzo Ferrari. Tugas menghasilkan RX-7 ini digalas oleh Chin dan juga Tom Matano yang bertanggungjawab menghasilkan rekaan Mazda MX-5 pada tahun 1986

Chin dan Jaguar E-Type

Untuk menghasilkan rekaan RX-7, Tom Matano dan Chin yang mewakili Mazda Amerika perlu bersaing dengan pasukan Mazda Hiroshima dan juga Mazda UK. Salah satu visi mereka ialah menjadikan rekaan RX-7 timeless design dan masih dipertontonkan di pameran kereta 50 tahun lagi selepas dilancarkan pada 1989

Dalam aspek pendidikan, Chin memulakan pembelajaran di Universiti Chen Kung, Taiwan dalam bidang rekaan industri. Menyedari dia perlu banyak belajar berkenaan automotif, Chin menukar kursus kepada kejuruteraan mekanikal. Chin kemudian meneruskan pendidikan di Art Center Collage of Design dan menamatkan kursus pada tahun 1980

Chin memulakan karier dengan GM sebagai designer di Opel pada tahun 1981 di Jerman sebelum berpindah ke LA bagi menyertai Mazda. Di Mazda, tugas pertama Chin ialah memberikan rekaan terperinci pada Mazda Miata NA, M Coupe dan M Speedster.

Konsep rekaan yang ditekankan oleh Chin dan pasukan Mazda ketika itu ialah organik, bentuk bulat tapi pada masa yang sama tidak menggunakan elemen retro. Rekaan itu juga mesti mengetengahkan idea bahawa Mazda dan teknologi rotari tidak boleh dipisahkan

Bentuk melarus tanpa garisan lurus digunakan pada bahagian belakang, bampar belakang serta di bahagian bawah bampar. Rekaan asal 2 paip ekzos dibahagian belakang terpaksa ditukar kepada rekaan satu ekzos bagi mengurangkan berat RX-7. Chin menyudahkan bahagian belakang dengan rekaan spoiler ductail bagi menghasilkan imej kemas dan bersih

Kedua dua rekaan Mazda Amerika dan Mazda Hiroshima digunakan dalam versi produksi dengan Chin mengetengahkan rekaan long hood GT, dengan idea enjin rotari perlu dipasang di belakang gandar depan bagi menghasilkan konfigurasi Front Mid Engine. Rekaan Chin kemudian disempurnakan oleh Yoichi Sato bagi memudahkan urusan pemasangan di kilang

RX-7 juga mengetengahkan idea rekaan tombol pintu tersembunyi bagi memastikan elemen rekaan di sisi pintu tidak terganggu. Rongga udara di bahagian pintu hanya untuk kosmetik dan tiada kepentingan kejuruteraan, namun rekaan ini dikekalkan bagi versi produksi

Jika anda perhatikan bentuk di antara Mazda RX-7 yang direka oleh Chin dan Jaguar E-Type yang diinspirasi oleh Chin, anda akan nampak beberapa persamaan konsep rekaan antara kedua-dua kereta ini. Bentuk melarus, tanpa garis lurus di sisi dengan rekaan tombol pintu yang minimal serta hampir tersembunyi

Selepas menghasilkan RX-7, Chin menghasilkan beberapa model konsep untuk Mazda sebelum berhenti dan berpindah semula ke Taipei. Walaupun sudah bersara dalam bidang rekaan, namun Chin masih memiliki 2 kereta yang paling penting dalam hidupnya.

Mazda RX-7 tahun 1995 yang dihasilkannya serta Jaguar E-Type yang menjadi sumber inspirasi rekaan Chin

Google ads
Back to top button