
FERRARI J50 2016 EDISI TERHAD PASARAN JEPUN UNTUK DIJUAL. HARGA RM14.8 JUTA
Jentera keluaran Ferrari memiliki keistimewaan tersendiri. Begitupun, jentera edisi khas dari pengeluar Itali itu mempunyai nilai sentimental lebih menarik
Sebagai contoh, model Ferrari J50, yang dibangunkan berdasarkan Ferrari 488 dengan penampilan baharu.
Ia dilancarkan pada tahun 2016 sempena memperingati ulang tahun ke-50 Ferrari di Jepun.

Ferrari J50 terhad kepada 19 unit dan dijual pada pasaran Jepun sahaja menjadikan ia sangat istimewa terutama bagi penggemar jenama berkenaan.
Setiap unit J50 dihasilkan mengikut spesifikasi diinginkan pemilik jentera itu.

Pengedar Ferrari di Tokyo, Rosso Scuderia ingin menjual model berkenaan kepada khalayak umum pada harga AS$3.6 juta (RM14.79 juta).
Ruang luaran jentera itu mendapat sentuhan warna hitam (Nero Daytona) dipadankan rim Grigio Corsa manakala bahagian dalaman hadir dengan kemasan Alcantara hitam.
Ferrari J50 itu mendapat khidmat enjin 3.9-liter V8 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa mencecah 681hp dipadankan transmisi automatik 7-kelajuan. –carscoops
- BACA: FERRARI SF90 SPIDER MENDARAT DI PASARAN MALAYSIA. KUASA MAKSIMUM 1000PS, HARGA BERMULA RM2 JUTA
- BACA: FERRARI BAKAL LANCARKAN ENJIN V12 NA, KUASA LEBIH 830HP
- BACA: PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA
- BACA: KIA EV6 TAPAU FERRARI,LAMBO,AMG DAN PORSCHE DALAM LUMBA DRAG









