Artikel Pilihan

PEMILIK HONDA CIVIC BENGANG,TAWARAN HARGA MENGARUT. MINTA PEMBELI KE HOSPITAL

Seorang mekanik kereta, Janis Drikis dari Ireland Utara telah mengiklankan sebuah Honda Civic lama miliknya di Marketplace dengan tawaran harga RM RM 3025, satu harga yang cukup murah bagi sebuah kereta terpakai yang lama

Tawaran murah tersebut menarik minat Charlie yang juga pemilik perusahaan barangan lusuh dan menawarkan harga RM 1373 bagi Honda Civic tersebut. Charlie menawarkan akan datang mengambil kereta tersebut dengan segera jika Janis bersetuju dengan tawaran harga tersebut.

Namun tawaran harga dengan diskaun hampir 50% itu sebenarnya membuatkan Janis berang, dan bertindak mengajar Chalie dengan cara lawak kasar dengan harapan Charlie tidak akan melakukan perkara sama pada orang lain di masa depan

Kata Janis, dia meletakkan harga RM 3025 tersebut bukanlah harga mati dan sedia untuk berunding harga yang sesuai. Banyak mesej diterima oleh Janis meminta harga dalam julat RM 2200-RM 2500. Namun tawaran harga daripada Charlie RM 1375 membuatkannya sakit hati

Janis membalas mesej Wassap daripada Charlie tanda bersetuju dengan harga RM 1375, dan memberikan alamat palsu kepada Charlie. Untuk ke lokasi yang dinyatakan oleh Janis, Charlie perlu memandu sejauh 138km sehala, menghabiskan masa 2 jam memandu dan terpaksa mengambil cuti, serta mencari lokasi alamat tipu yang diberikan

Setelah sampai di lokasi dan berpusing-pusing mencari rumah Janis, Charlie menerima mesej daripada Janis agar ke hospital berdekatan dan memeriksa keadaan kepalanya kerana membuat tawaran harga merepek tak masuk akal kepada Janis.

Dalam kenyataan balas Charlie menyatakan dia hanya membantu anaknya menjalankan perniagaan barangan lusuh sahaja dan Honda Civic tersebut tidak memiliki sijil kelayakan memandu (MOT) bagi membolehkannya dipandu dengan sah di atas jalan raya serta turbo yang dipasang sudah rosak

Charlie juga menegaskan Honda Civic tersebut perlu dibaiki dengan kos tambahan RM 5500 bagi membolehkannya menerima sijil MOT dan dipandu. Jadi Charlie menawarkan harga barangan lusuh kepada Honda Civic tersebut yang merupakan nilai tertinggi yang mampu ditawarkan olehnya.

Janis mengatakan jika dia berminat untuk melupuskan Honda Civic tersebut, dia mampu mendapatkan harga yang lebih tinggi. Dengan kos RM 715 sahaja, Honda Civic tersebut mampu dipandu semula dan mendapat semula sijil MOT.

Walaupun sudah buruk dan kurang berkuasa namun Honda Civic miliknya masih boleh dipandu. Jika harga yang ditawarkan masuk akal dan bukan dengan diskaun 50%, Janis sedia menjual Honda Civic tersebut.

Google ads
Back to top button