Artikel Pilihan

APA NAK BUAT KALAU KERETA MULA SKID? INI TIPS DARI TN AZAD JASMI

Skid atau tergelincir boleh jadi satu pengalaman yang sukar difahami dan menakutkan bagi sesetengah pemandu dan penulis. Malah pengalaman penulis sendiri yang mengalami skid ketika melalui selekoh di hari hujan boleh menyebabkan kita gugup dan hilang keyakinan buat seketika.

Artikel di bawah ditulis oleh Tn Azad Jasmi bagi menerangkan bagaimana untuk kita mengatasi masalah skid ketika memandu. Berikut ialah tulisan beliau yang diambil dari laman Facebook miliknya.

Video ini bukan untuk sahabat dan kenalan yang dah fasih & mahir memandu. Rata-rata dalam Facebook saya ni semua dah otai dan sifu. Jadi apa yang nak ditunjukkan ni adalah satu perkara yang mudah atau “kacang” atau “chicken feet” bagi mereka.

Namun tujuan video ini ialah bagi pemandu baru atau mungkin kepada anak-anak kenalan, atau saudara mara yang ingin tahu sedikit teknik kecil tentang cara nak kawal kenderaan jika berlaku “skid”. Saya baru sahaja tamat sesi latihan bersama pasukan khas namun atas dasar protokol dan non-disclosure policy, saya hanya akan tunjukkan sedikit video tanpa gambar peserta.

Tip. 1. Bertenang.

2. Pandang ke arah mana nak pergi. Jangan pandang steering.

3. Ambil kedudukan dengan baik dan pegang steering pada posisi Jam 9 dan 3 atau 10 dan 2. (Tiada sesuatu yang rigid sebenarnya. InsyaAllah didalam kelas akan diberitahu.)

4. Gunakan kaki kiri untuk “kuncikan” badan anda pada tempat duduk agar badan anda tidak terhoyong-hayang. (Tempat duduk kenderaan harian bukanlah “bucket seat” macam kereta lumba di mana badan anda akan melekat. Jadi dengan itu kita perlu ambil langkah tambahan untuk “lekatkan” badan anda bada tempat duduk. Penerangan begini mungkin agar sukar difahami namun jika anda memasuki kelas, insyAllah anda akan dapat memahami dengan lebih mendalam.

5. Pegang steering usah gengam dengan begitu kuat tetapi tak juga terlalu longlai. Mungkin ramai tak perasan ada “biji-biji” dibelakang steering itu untuk berikan “grip” pada jari anda. Saya guna pakai terma “pegang steering macam pegang tasbih” lembut tapi firm dan anda mudah nak tarik dan tolak steering.

Mungkin penerangan dalam kadar ayat ini sukar di fahami tapi jika bersemuka lebih faham insyAllah. Ramai lagi sifu dan otai diluar sana. Cuma saya ada peluang sedikit ini, jadi saya cuba kongsi sedikit. Jika ada teguran, sila berikan pandangan.

Yang baik dari Allah, yang buruk pasti dari saya. Latihan begini bukan sahaja untuk yang kerja hakikinya memandu tetapi juga untuk program pembangunan sumber manusia bagi staf yang bukan pemandu. Jika ada berminat boleh hubungi [email protected]

(Bagi pasukan khas dan bodyguards serta pemandu VIP, pelbagai teknik Precision Driving juga diberikan namun bagi mendapatkan fasa ini, peserta perlu didedahkan dahulu dengan teknik asas yang lain.)

Anda boleh tonton video penerangan pendek di SINI

Google ads
Back to top button