Artikel Pilihan

APAKAH MAKSUD HURUF XC PADA MODEL SUV VOLVO?

Sebelum terjebak dengan pembuatan SUV secara besar-besaran, kebanyakan model yang dihasilkan oleh Volvo didominasi oleh sedan, hatchback dan juga wagon. Tapi bermula daripada tahun 1998, Volvo mula menggunakan huruf XC pada kenderaan mereka.

Tapi yang mengejutkan ialah huruf XC ini dipakai buat pertama kali pada model wagon, atau secara lebih tepatnya wagon V70 XC Wagon pada tahun 1998 bukannya SUV. Trim XC pada wagon ini dikhaskan bagi sebuah model yang sesuai untuk melalui jalan lasak dan melakukan aktiviti lasak

Volvo V70 XC merupakan sebuah wagon yang diasaskan daripada wagon V70 yang lebih tinggi dengan kapasiti 5 penumpang. Huruf V membawa maksud Versatility atau serba boleh dan nombor 70 membawa maksud saiz sebuah wagon.

Huruf XC pula membawa maksud Cross Country, sebuah kenderaan yang ada lebih banyak kebolehan, termasuklah melalui jalan off road bagi tujuan cross country. Bagi menunjukkan V70 XC dengan keupayaan merentas laluan sukar, nama XC diletakkan pada V70 iaitu sebuah station wagon Volvo

Usaha Volvo ini merupakan salah satu alternatif yang dilakukan oleh Volvo dalam cubaan untuk kekal bersaing dalam dunia SUV pada tahun 1998 dengan menggunakan sebuah wagon. Kehadiran V70 XC menyebabkan satu lagi istilah muncul dalam kamus media automotif, iaitu crossover

Crossover adalah sebuah kenderaan yang masih memiliki ciri dinamik pemanduan seperti sebuah sedan di selekoh dan masih lagi berupaya melalui jalan off road dengan baik. Ini dibuat dengan memberikan beberapa ciri khas pada crossover V70 XC seperti lampu kabus, jarak kelegaan tinggi, rel bumbung dan tayar lebih tinggi

Malah V70 XC juga mengekalkan sistem pacuan semua roda AWD yang ada bagi membantunya mendapat cengkaman yang baik di jalan licin mahupun jalan off road. Jarak kelegaan permukaan jalan dinaikkan sebanyak 35mm menjadikan kelegaan dengan permukan jalan lebih tinggi kepada 166mm

Volvo juga mengenakan rekaan bampar depan & belakang yang unik, plastik pelindung di bahagian sisi di bahagian sisi tayar dan juga pintu berwarna hitam dan tidak dicat. Hari ini Volvo menawarkan 3 SUV berlainan saiz samaada XC40, XC60 dan juga XC90 yang lebih besar dengan kapasiti 7 penumpang

Google ads
Back to top button