Buletin

OLIVER SOLBERG AHIRNYA SAHIH BAKAL BERLUMBA UNTUK SKODA MUSIM HADAPAN

Saingan FIA World Rally Championship (WRC) bagi kategori WRC2 barangkali agak kurang diberikan perhatian. Tapi sebenarnya saingan WRC2 juga boleh tahan hebat. Ianya seumpama medan buat pemandu muda untuk menunjukkan apa yang mereka ada buat pasukan utama untuk beraksi dalam kelas premier WRC1.

Bekas pemandu pasukan Hyundai Motorsport, Oliver Solberg yang kehilangan kerusi bagi memandu jentera Hyundai I20 N Rally1 musim hadapan akhirnya akur bahawa beliau harus beralih ke bawah seketika. Dan Oliver Solberg akhirnya sahih bakal memandu jentera Skoda Fabia RS Rally2 musim hadapan dengan pusingan pertama Rallye Monte-Carlo bakal menjadi akhir pembuka tirai buat beliau.

Oliver Solberg, yang juga anak kepada mantan juara dunia, Petter Solberg bakal menyertain pasukan Toksport, pasukan yang cukup dikenali dalam saingan WRC2 sementelah pernah bergelar juara WRC2 bagi kategori Pasukan pada tahun 2020 dan juga menerusi pemandu Andreas Mikkelsen pada tahun 2021.

Walau pun akan membuat debut memandu Skoda Fabia RS Rally2 pada rali di Monte Carlo pada Januari nanti, namun beliau hanya akan mula mengutip mata perlumbaan untuk perlumbaan kedua di Sweden, kampung halaman beliau sendiri. Untuk rekod, Oliver Solberg sendiri sebelum ini pernah beraksi dalam kelas WRC2 dengan memandu jentera Volkswagen Polo R5 sebelum ini dengan pelekat Monster Energy menjadi penaja utama beliau. Oliver Solberg juga pernah beraksi bersama jentera Skoda Fabia Rally2 pada tahun 2020 dan beraksi dalam saingan WRC dan juga ERC.

Dan untuk musim hadapan, Oliver Solberg sekali lagi bakal turut ditaja Monster Energy bersama jentera Skoda Fabia RS Rally2 yang baharu.

Oliver Solberg sebelum ini terlebih dahulu memandu uji jentera Skoda Fabia RS Rally2 di Perancis, sebagai salah satu langkah persedian untuk perlumbaan Rallye Monte-Carlo. Dengan perlumbaan pembukaan lebih kurang sebulan lagi, ianya bakal menjadi medan penting buat Oliver Solberg untuk lebih memahami jentera dan juga pasukan yang baharu diwakilinya ini.

Moga moga Oliver Solberg kembali menyinar pada musim hadapan.

BACA : SAH! OLIVER SOLBERG DAN DANI SORDO BAKAL BERKONGSI JENTERA KETIGA UNTUK PASUKAN HYUNDAI BAGI MUSIM WRC 2022

BACA : OLIVER SOLBERG BAKAL MEMANDU JENTERA HYUNDAI i20 COUPE WRC

Google ads

B K

Back to top button