Buletin

APM DELTA SEATING SYSTEM TINGKATKAN KOMPONEN KENDERAAN CKD MAZDA

Auto Parts Holdings Sdn. Bhd. (APM), anak syarikat milik penuh APM Automotive Holdings Berhad baru-baru ini menandatangani perjanjian kerjasama (JV) dengan Delta Kogyo Co. Ltd.

JV tersebut menyaksikan sebuah syarikat baru, APM Delta Seating System Sdn. Bhd. (APM Delta Seating System) ditubuhkan. APM Delta Seating System berperanan membangunkan perniagaan, mengilang, memasang dan menjual sistem tempat duduk untuk kenderaan pemasangan tempatan (CKD) Mazda yang dihasilkan oleh pihak Bermaz Motor.

Syarikat itu ditubuhkan dengan modal RM25 juta yang dibahagikan ke dalam 25 juta saham berharga RM1 setiap satu. Modal berbayar sebanyak RM23 juta menyaksikan APM memiliki 60 peratus dan Delta menguasi baki 40 peratus kepentingan ekuiti.

apm-delta-seating-system-mekanika-2

Dengan jangkaan pertumbuhan industri automotif di rantau ASEAN, APM Delta Seating System akan membekalkan tempat duduk, kerangka dan komponen bagi tujuan eksport.

Kilang pemasangan JV ini terletak di Kulim Kedah dengan binaan seluas 12,856 meter persegi yang dijangka siap pada Februari 2017. JV itu sebenarnya adalah hasil inisiatif Mazda dan Institut Automotif Malaysia (MAI) sejak empat tahun lalu. Ia dibina bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Koridor Utara di Semenanjung Malaysia.

Google ads
Back to top button