Buletin

KILANG ENJIN DAIHATSU PERODUA RASMI DIBUKA – PELABURAN RM500 JUTA

Daihatsu Motor Co. Ltd. dan Perodua dengan rasminya membuka kilang enjin mereka di Sendayan, Negeri Sembilan hari ini. 

Dikendalikan oleh Daihatsu Perodua Engine Manufacturing Sdn. Bhd. (DPEM), kilang itu menjadi pemula terhadap era baru pengilangan enjin buat kedua-dua syarikat tersebut.

perodua-engine-plant-sendayan-mekanika-3

Melibatkan sebanyak RM500 juta, ini merupakan pelaburan kedua Daihatsu di Sendayan selepas ia membina kilang transmisi, Akashi Kikai Industry (M) Sdn. Bhd. Pembukaan dua buah kilang tersebut adalah usaha untuk membangunkan hab produksi rangkaian kuasa di negara ini.

“Dengan DPEM dan Akashi Kikai sudahpun memulakan operasi, kami mampu menawarkan penyelesaian komponen enjin yang komprehensif kepada pengeluar peralatan original (OEM) yang lain,” kata Pengerusi DPEM, Tan Sri Asmat Kamaludin.

perodua-engine-plant-sendayan-mekanika-6

Kilang itu dilancarkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Mohamad Hassan. Turut hadir, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk (Dr) Aminar Rashid; Naib Presiden Eksekutif Daihatsu Co. Ltd, Hiroyuki Yokoyama serta Pengarah Urusan DPEM, Koji Miyake. 

Menurut Asmat, setakat ini DPEM telah mempunyai dua buah OEM untuk produknya. Ia kini juga sedang mencari pengeluar lain bagi membekalkan komponennya.

perodua-engine-plant-sendayan-mekanika-4

Akashi Kikai yang dilancarkan pada Julai 2015 membekalkan elektronik transmisi automatik  dan manual kepada Perodua untuk model Axia serta Bezza. Sementara DPEM yang memulakan operasi pada Mei lalu pula membekalkan komponen enjin untuk Bezza.

DPEM dan Akashi Kikai ditubuhkan untuk merebut peluang yang wujud hasil liberalisasi pasaran automotif dengan menawarkan komponen enjin berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Apatah lagi ketika rantau ASEAN dijangka mengalami pertumbuhan pesat untuk dekad-dekad akan datang.

perodua-engine-plant-sendayan-mekanika-1

Menerusi dua syif pengeluaran DPEM mampu menghasilkan 216,000 enjin setahun. Sehingga kini, sebanyak 35,000 enjin telah dikeluarkan dengan 90  peratus daripadanya  untuk model Perodua.

Dibangunkan di tanah seluas 35 ekar, kilang yang berkeluasam lima ekar itu menempatkan 202 orang pekerja. Ia juga dilengkapi pelbagai kemudahan seperti surau, kantem, bilik loker dan asrama.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button