Motosikal

EICMA 2016 : KTM DUKE 125 -BERAPA ANDA NAK BAYAR?

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan motosikal kecil 125cc, 150cc, 250cc oleh jenama popular sangat rancak. Samada ia dilakukan dengan koloborasi syarikat “pakar” motor kecil atau dibangunkan sendiri oleh jenama besar, ia sudah menjadi trend.

Di Pameran EICMA yang sedang berlangsung di Itali, KTM telah mempamerkan KTM 125 atau project 125 atau kalau anda yang biasa dengan motosikal Austria ini, KTM Duke 125. Sepertimana barisan Duke 200, 250, 390 dan 690, ia diselaraskan dengan warna asas korporat KTM, oren terang.

EICMA 2016 : DUCATI 1299 SUPERLEGGERA

EICMA 2916 : HONDA CRF250 “AFRICA TWIN”

EICMA 2016 : DUCATI MONSTER 797

EICMA 2016 : YAMAHA YZF-R6 EDISI PERLUMBAAN

EICMA 2016 : KAWASAKI VERSYS 250/300

Cantik? Sudah tentu. Pertama kali tengok pun kita boleh jangakan motosikal ini bakal mempelopori pasaran motosikal kecil. Enjin 125 cc ini dibangunkan sepenuhnya di fasiliti pembangunan KTM di Mattighofen di Utara Austria.

ktm-project-125-3

Ia menghasilkan 11KW atau 15 kuasa kuda. Direka dengan sejukan cecair, suntikan bahanapi dan kepada selinder 4 injap dan aci sesondol berkembar (DOHC). Ia seperti sebuah Honda HRS150R atau Suzuki Belang yang dipasangkan pada kerangka trellis.

Ya. Kerangka itu yang buatkan motosikal ini nampak sporty dan garang. Rekabentuk KTM125 ini dibina oleh pasukan yang sama dengan keluarga Duke lebih besar, kata orang KTM- pasukan Duke 690.

Suspensi motosikal ini dibangunkan oleh WP Suspension, salah satu firma suspensi terkenal di Eropah. Masih ingat dengan Benelli yang diisytihar bankrap? Ya. Sebab berhutang dengan pembekal WP suspsension ini.

Brek? Brembo lah. Apa barang pakai brek murah kan ini KTM. Brek mesti nampak bergaya sikit kata Abang Japar.

ktm-project-125-2

Versi asal motosikal ini mempunyai kedudukan ekzos di bawah enjin dan dalam versi pameran, ia didatangkan dengan ekzos aftermarket Akrapovic yang nampak begitu jahat sekali.

Warna baru kelabu-perak-hijau fluorescent itu pun nampak sangat menarik. Ekor macam supermoto, tangki macam naked street, kerangka besi macam trellis Duke besar.

Kalau masuk Malaysia, kami yakin akan laku keras. Cuma masalahnya tidak murah. Suspensi WP dengan fork USD, brek Brembo, lampu LED, elektronik. Boleh tahan spesifikasi dan boleh tahan juga lah nanti harganya.

 

 

 

Google ads
Back to top button