
AUDI BAKAL PERKENAl EV BAHARU GANTI A3 – GUNA PLATFORM EV VOLKSWAGEN
Audi bakal melancarkan kenderaan elektrik yang dibina berdasarkan platform EV generasi baharu Volkswagen.
Model itu dijangka menggunakan platform SSP (Scalable Systems Platform) Volkswagen yang kini diberi nama kod Project Trinity, walaupun sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa platrom itu menghadapi masalah.
Perkara berkenaan bagaimanapun disangkal oleh VW dan bertegas SSP adalah lebih baik berbanding platform MEB semasa, di mana ia menawarkan jarak gerak sehingga 700km.

“Kami telah menetapkan haluan untuk menggunakan 100% elektrik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Markus Duesmann.
“Menjelang 2027, kami berusaha untuk menawarkan kenderaan elektrik dalam setiap segmen teras. Kami baru-baru ini turut melancarkan model elektrik tahap permulaan di bawah Audi Q4 e-tron,”
Menerusi laporan Autocar, EV baharu itu ditawarkan sebagai hatchback empat pintu dan sedan empat pintu.
Platform SSP berupaya mengecas dalam kelajuan 270 kW, mencapai jarak tambahan 129km dengan hanya mengambil masa10 minit sahaja.
Selain itu, jentera elektrik baharu bakal mendapat manfaat daripada teknologi bateri “Unified Cell” VW.
Tambah Duesmann, “Audi bercadang memperkenalkan 20 model baharu, lebih separuh daripadanya akan elektrik sepenuhnya, menjelang 2025.
“Penggantian Audi A3 elektrik berkemungkinan akan diikuti ketibaan Q6 e-tron, model pertama berdasarkan seni bina Premium Platform Electric (PPE).”
- BACA: AUDI Q8 E-TRON DI HOP SINGAPURA. EV YANG WAJIB ADA DALAM SENARAI ANDA
- BACA: HOUSE OF PROGRESS SINGAPURA 2023. PAMER GRANDSPHERE CONCEPT, INTERPRETASI SEDAN MASA DEPAN AUDI
- BACA: PHSAM PANGGIL SEMULA 2,767 UNIT AUDI UNTUK PERIKSA BEG UDARA TAKATA
- BACA: AUDI MALAYSIA LANCAR RS 3 SEDAN. 400PS/500NM, BERMULA RM647K