Buletin

AUDI MALAYSIA LANCAR RS 3 SEDAN. 400PS/500NM, BERMULA RM647K

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) hari ini mengumumkan ketibaan model berprestasi tinggi RS 3 Sedan yang ditawarkan pada harga bermula RM646,990 hingga RM655,990 lengkap dengan Pakej Jaminan Audi. 

Menjadi ahli terbaharu dalam keluarga Audi RS di Malaysia, RS 3 Sedan menawarkan prestasi luar biasa dan ciri-ciri mewah. Dengan reka bentuk ekspresif, 

Sedan itu dikuasakan oleh enjin 2.5 liter turbo lima silinder TFSI yang mampu menjana 400PS dan 500Nm. Angka itu membolehkannya memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.8 saat. 

Enjin yang memenangi anugerah International Engine of the Year sembilan tahun berturut-turut itu dipadankan dengan kotak gear S tronic tujuh kelajuan 

Ini merupakan kali pertama Audi memasukkan ciri RS torque splitter yang berfungsi mengagihkan kuasa tork di antara roda belakang untuk memberi dinamik dan kestabilan luar boasa. Sistem pacuan semua roda quattro memastikan cengkaman optimum dalam apa jua kondisi pemanduan.

Penampilan Audi RS 3 Sedan diserlahkan dengan rekaan badan lebar, wings hadapan, corong pengambilan udara agresif, emblem Audi, gril honeycomb dan singleframe berwarna hitam. Ia turut menerima perumah lampu Matrix LED digelapkan untuk kelihatan lebih garang. 

Ruang kabin dimonopoli oleh warna hitam dengan kemasan merah atay hijau. Tempat duduk dibalut kulit Nappa dengan jahitan honeycomb RS dan stereng RS. Kokpit RS 3 Sedan memastikan pemandu mempunyai kawalan sepenuhnya.  

Skrin akan memaparkan maklumat penting tentang prestasi kereta. Manakala Audi Drive Select menawarkan pilihan mode pemanduan RS bagi memenuhi kehendak pemandu. 

Pada tahun 2021, RS 3 Sedan mendominasi litar Nordschleife dengan catatan masa 7.40 minit. 

Jika berminat, jentera itu didatangkan dalam harga hijau. kelabu, putih, hitam dan kuning. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.audi.com.my – foto: Netcarshow.com

GALERI

Google ads
Back to top button