Buletin

HOUSE OF PROGRESS SINGAPURA 2023. PAMER GRANDSPHERE CONCEPT, INTERPRETASI SEDAN MASA DEPAN AUDI

Baru-baru ini, kami dijemput oleh PHS Automotive Malaysia (PHSAM) atau Audi Malaysia untuk menghadiri pameran Audi House of Progress (HoP) di ArtScience Museum, Marina Bay Singapura.

Ini merupakan kali pertama HoP dianjurkan di Asia Tenggara selepas diadakan di bandar-bandar besar seperti Tokyo, Milan, Sao Paulo dan Montreal. Ia turut mengetengahkan jenama mewah seperti The Hour Glass, Bang & Olufsen dan Bolia. 

Pameran  itu mempamerkan perspektif unik Audi.  terhadap mobiliti masa depan yang premium dan mapan. HoP mengetengahkan nilai-nilai utama Audi iaitu digitalisasi, reka bentuk, prestasi dan kelestarian. 

Sudah pasti, model yang paling mendapat perhatian ialah Audi grandsphere yang diperkenalkan buat pertama di Asia Tenggara. Bukan itu sahaja, ruang pameran serba hitam itu turut disertai oleh beberapa model elektrik Audi iaitu Q8 e-tron, Q4 e-tron, 

grandsphere concept ialah model konsep kedua dalam keluarga sphere Audi selain activesphere, skysphere dan urbansphere. Jentera itu dibina bagi mencabar sempadan reka bentuk automotif dan ruang dalaman seperti sebuah lounge kelas pertama pesawat. 

“Perkembangan teknologi kenderaan elektrik dan pemanduan autonomi membuatkan para pereka tidak lagi terikat dengan kekangan-kekangan tradisional. 

“Diinspirasikan daripada ruang pesawat kelas pertama, Audi grandsphere concept menggabungkan aspek kemewahan perjalanan di udara dengan pemanduan berautonomi Level 4.

“Ia menyerlahkan bagaimana bentuk dan fungsi mampu diintegrasikan dengan indah serta ideal untuk kenderaan segmen D masa depan,” kata Pereka Bentuk Luaran Audi AG, Jason Battersby. 

Dalam erti kata lain, grandsphere concept ialah interpretasi Audi untuk sedan pada msa depan. Reka bentuk luarannya cukup futuristik, sementara ruang dalamannya menekankan aspek keselesaan dan kemewahan. 

Kalau anda perasan, tidak wujud stereng, tuil gear atau sebagainya dalam grandsphere concept. Ini kerana ia merupakan sebuah kenderaan automatik sepenuhnya. Segala maklumat dipancarkan ke paparan yang hanya kelihatan apabila kereta dihidupkan. 

Tempat duduk belakang pula selesa seperti duduk di atas sofa di rumah. Di samping dial kawalan pendingin hawa dan audio pada panel pintu. 

Jika anda ingin melihat grandsphere concept dari dekat,  Audi HoP kini dibuka kepada orang awam bermula 31 Mac hingga 16 April 2023, dari 10am-7pm. Masuk adalah percuma dan tiket boleh didapati di pautan: https://www.marinabaysands.com/museum/ticket/search.html siapa cepat, dia dapat. 

GALERI

Google ads
Back to top button