Artikel Pilihan

AUDI PERNAH HASILKAN ENJIN 4 SILINDER 641 KUASA KUDA

Pada tahun 2019 sebelum COVID 19 melanda, Audi pernah menghasilkan enjin TFSI 2000cc 4 silinder turbo bagi kegunaan perlumbaan Audi RS5 DTM. Enjin ini direka bagi menggantikan enjin 4000cc V8 bukan sahaja lebih ringan malah lebih berkuasa daripada enjin V8

Jika enjin V8 memiliki berat 148kg, enjin 4 silinder sebaris ini hanyalah 85kg sahaja. Malah dengan 641 kuasa kuda yang dihasilkan, enjin ini jauh lebih berkuasa daripada enjin V8. Tork maksima 650Nm hadir pada 9500 RPM, satu angka yang mengagumkan dari sebuah enjin 4 silinder sebaris

Tapi harus diingat, angka 641 ini termasuk fungsi overboost yang boleh digunakan ketika untuk memintas pelumba lain. Audi mengatakan bahawa enjin lebih jika tidak disebabkan peraturan perlumbaan, mampu menghasilkan lebih daripada 641 kuasa kuda. Antara ciri-ciri istimewa enjin ini termasuklah

Audi 2.0 TFSI DTM 2019

1. Laju putaran maksima enjin boleh dibuat pada 10,000 RPM dimana penukaran gear dibuat

2. Berat sekitar 85kg (termasuk dengan turbo) sahaja dengan blok dan kepala silinder dihasilkan daripada aloi aluminium

3. Spesific output (kuasa enjin per 1000cc) ialah 305 kuasa kuda

4. Direka dengan ketahanan yang tinggi bagi 18 perlumbaan atau 6000km tanpa gagal

5. Mesti beroperasi dengan bahan api yang biasa dijual di stesen minyak, bukan menggunakan campuran ethanol bagi mengelakkan knocking

6. menggunakan turbo tunggal Garret Advancing Motion dengan tekanan maksima 51 psi. Pada msa yang sama nisbah mampatan kekal tinggi pada 15:1 disebabkan Audi mahu memastikan enjin ini sangat efisyen dengan kecekapan therma pada 40%. Sebagai perbandingan, enjin Mercedes AMG dalam perlumbaan F1 mencapai kecekapan 50%

7. Sistem pelinciran drysump dan minyak pelincir Castrol EDGE Supercar

8. Sebanyak 2000 komponen khas untuk enjin ini dihasilkan bagi memastikan ia beroperasi seperti yang dikehendaki

9. Menggunakan sistem suntikan bahan api BOSCH HDEV 350 bar suntikan bahan api terus

Enjin ini dipasang dibahagian depan cesi Audi RS5 DTM, disambung dengan transmisi 6 kelajuan Hewland DTT 200 semi automatik dengan Limited Slip Differential sebelum semua kuasa dihantar ke roda belakang. Daripada 38 siri perlumbaan, Audi RS5 DTM memenangi 28 perlumbaan pada tahun 2019

Google ads
Back to top button