Artikel Pilihan

KENAPA MYVI 2022 TIADA LAMPU KABUS DEPAN? JIMAT KOS?

Kalau anda perasan, model terbaru Myvi 2022 yang telah dinaiktaraf walaupun dipasang dengan sistem keselamatan ASA 3.0 tapi kesemua model tidak disertakan dengan lampu kabus depan. Bagi generasi pertama tahun 2006 dahulu hampir semua model dilengkapi dengan lampu kabus depan kecuali model 1000cc.

Bagi generasi kedua, walaupun tidak diberikan lampu kabus bagi model 1300cc yang paling murah sekalipun Perodua telah memasang lampu projektor dan lampu suluhan tinggi pada semua model. Hanya model 1300cc yang paling mahal dan 1500cc sahaja dibekalkan dengan lampu kabus

Myvi generasi ke 3 yang hanya varian 1.3 G sahaja yang tidak diberikan lampu kabus depan. Tapi semua model dipasang dengan lampu suluhan rendah dan tinggi dengan teknologi LED yang cukup terang. Varian 1.3X, 1.5H dan 1.5 AV dipasang dengan lampu kabus teknologi halogen berwarna jingga.

Bagi versi facelift, varian 1.3G tanpa PSDA, 1.3G PSDA, dan 1.5X tidak dipasang langsung dengan lampu kabus atau Day Time Running Light. Hanya model 1.5H dan 1.5 AV sahaja dipasang dengan DRL. Lampu depan juga diubah sedikit dengan lampu kecil diberikan mentol LED (model lama halogen) dan lampu isyarat membelok dipasang di sebelah dalam

Mungkin harga lampu kabus depan telah menjadi terlalu mahal sehingga Perodua terpaksa membuang ciri ini? Tapi jawapan sebenar ialah Perodua telah memberi satu teknologi baru di bawah payung Perodua Smart Drive Assist dengan ciri Head Lamp Assist. Apabila diaktifkan, sistem PSDA dengan bantuan kamera depan akan sentiasa memasang lampu suluhan tinggi secara optimum

Ciri ini juga dikenali dengan nama Auto High Beam akan menyalakan lampu tinggi dengan keadaan:

1. halaju Myvi melebihi 30km/j

2. Keadaan yang gelap di depan kereta

3. Tiada kenderaan datang dari arah bertentangan

4. Tiada lampu jalan terpasang

Auto High Beam akan mematikan lampu suluhan tinggi dan menggunakan lampu suluhan rendah apabila keadaan seperti berikut:

1. Halaju kenderaan di bawah 20km/j

2. keadaan yang terang di depan kereta

3. terdapat kereta lain dari arah bertentangan

4. lampu jalan hidup

Apa yang pemandu perlu lakukan ialah menyalakan lampu depan (bagi model 1.3) dan mengaktifkan butang Auto High Beam. Sistem akan memberitahu pemandu melalui satu lambang lampu depan dengan huruf A diaktifkan dalam paparan meter

Logo ini akan bertukar warna biru bila AHB diaktifkan. Kehadiran ciri Auto High Beam ini sedikit sebanyak menjadikan fungsi lampu kabus tidak begitu penting kerana kebanyakan masa lamlu suluhan tinggi akan menerangi permukaan jalan yang gelap secara optimum dan selamat

Google ads
Back to top button