Motosikal

SKUTER MAXI KAWASAKI J125

Pertarungan segmen skuter akan menjadi semakin sengit pada masa hadapan. Seiring dengan penambahan pengguna yang memilih skuter sebagai pengangkutan urban.

kawasaki-j125-2016-mekanika (9)

Selama ini Kawasaki lebih dikenali sebagai pengeluar sportbike. Namun tidak mahu kalah dan ingin menambahkan lagi pilihannya produknya, Kawasaki memperkenalkan J125.

Kehadiran J125 itu bakal menyertai model sedia ada J300. Tentunya Kawasaki mensasarkan pasaran skuter di Eropah yang cukup popular dengan skuter maxi.

kawasaki-j125-2016-mekanika (15)

Skuter hasil pembangunan Kawasaki dan Kymco itu dijana oleh enjin 125cc sejukan cecair SOHC satu silinder. Sesaran enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa 13.8hp dan tork 8.5lb\ft. Penghantaran kuasa diserahkan kepada kotak gear CVT.

Berat skuter 182kg memudahkan tunggangan di bandar, manakala kapasiti tangki minyak adalah 13 liter.

kawasaki-j125-2016-mekanika (12)

Tugas memberhentikan jentera diserahkan kepada angkup 2-piston di hadapan dan belakang. Saiz cakera brek di depan ialah 260mm dan 240mm di belakang. Sementara tayar hadapan didatangkan dengan saiz 14 inci dan belakang bersaiz 13 inci.

Pada bahagian suspensi, Kawasaki menyatakan telah memberikan rekaan khusus bagi menawarkan pengendalian sporty dan ringan.

kawasaki-j125-2016-mekanika (14)

Kawasaki J125 juga menerima beberapa ciri yang sama pada J300. Antaranya brek ABS, lampu di bawah pelana yang akan menyala secara automatik ketika dibuka, penutup kunci dan soket pengecas 12V.

Secara estetikanya, pelana J125 memiliki dua tona warna perak, lampu LED dan hujung bahagian belakang yang memiliki gayaan seperti sportbike Kawasaki. Pendek kata ia mirip jentera Ninja.

kawasaki-j125-2016-mekanika (13)

Ruang penyimpanan barang di bawah pelana dikatakan cukup luas. Ia mampu menempatkan topi keledar bersaiz penuh dan beg tangan saiz A4.

Bagi memudahkan penungggang, paparan meter kelajuan dan rpm bersama panel LCD yang menawarkan pelbagai informasi.

kawasaki-j125-2016-mekanika

Tonton video J125 di bawah:

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button