AUDI R8 V10 DECENNIUM, KHAS UNTUK RAI ENJIN V10
Apa khabar enjin V10 sekarang ini? Semakin hari enjin V10 terhimpit dengan trend pengecilan enjin dan teknologi elektrifikasi.
Adakah tiada lagi enjin dengan deruman kuasa V10 pada masa akan datang?
Apa yang pasti pengeluar kereta berprestasi akan terus dengan enjin sebegini kerana mereka tidak perlukan jumlah pelanggan yang besar.
Tambahan pula, pemilik kereta berprestasi jarang memandu sebagai kenderaan harian dan tiada masalah dengan penjimatan minyak dan apa sahaja yang dikaitkan dengan enjin V8.
Bagi mengenang kehebatan enjin ini Audi mengeluarkan R8 V10 Decennium, sebuah edisi istimewa dengan jumlah terhad 222 unit untuk pasaran serata dunia.
Nama Decennium berasal daripada perkataaan Latin yang bermakna dekad dan merujuk kepada usia 10 tahun enjin aspirasi normal ini mempersonakan jalan raya dan dunia permotoran.
Berikut ialah ciri-ciri Audi R8 V10 Decennium:
- Dilengkapi enjin aspirasi normal 5.2 V8 FSI paling berkuasa dengan kuasa 620 PS dan tork 580 Nm
- Pecutan dari 0 hingga 100 km/j mengambil masa 3.1 saat dengan kelajuan maksimum 330 km
- Dikeluarkan dalam bentuk badan coupé dengan warna eksklusif Daytona Grey kemasan kusam (matt)
- Roda 20 inci dan manifold kemasukan berwarna tembaga kusam
- Spoiler depan, pelapik ambang pintu dan peresap berwarna hitam kilat dengan logo dan lambang Audi juga berwarna hitam
- Sirip dan cermin sisi diperbuat daripada gentian karbon kilat
- Bahagian dalaman dengan skema warna hitam dan riasan warna tembaga
- Logo Decennium pada beberapa bahagian seperti konsol tengah dan pintu
- Bukaan pintu dengan efek lampu dengan logo Decennium pada permukaan jalan
Satu perkara menarik ialah pelancaran model istimewa Decennium akan dibuat bersama dengan Audi R8 baharu.
Model baharu tersebut tampil dengan reka bentuk luaran lebih ekspresif dan penambah baikan pada suspensi dan prestasi.
Enjin V10 aspirasi normal memulakan sejarahnya dengan Audi R8 pada awal tahun 2009 dengan dua versi iaitu 5.2 liter suntikan terus dan output kuasa 525 ps.
Model R8 GT edition pula dilancarkan pada tahun 2010 dengan kuasa 560 ps manakala R8 V10 pula dikeluarkan pada tahun 2012 dengan kuasa 550 ps.
- BACA: FAKTA PENJAGAAN AUDI S5 – CANTIK, LAJU, MANTAP TAPI….
- BACA: AUDI QUATTRO TURBO – KERETA ISTIMEWA UNTUK ACARA ISTIMEWA!
- BACA: KERETA PUTERA RAJA PUN DIIKLAN DALAM AUTO TRADER – AUDI RS6