Buletin

JUALAN PERODUA NAIK 7.3% – 37,400 UNIT DALAM MASA DUA BULAN!

Perodua mengumumkan bahawa ia berjaya menjual hampir 37,400 unit kenderaan dalam tempoh dua bulan pertama tahun 2019.

Ini merupakan peningkatan sebanyak 7.3 peratus berbanding 34,800 kenderaan yang dijual pada tempoh sama tahun lalu. Peningkatan itu didorong oleh permintaan tinggi ke atas hampir semua modelnya.

“Peningkatan prestasi jualan adalah hasil daripada usaha kami untuk menambah baik masa penghantaran,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn. Bhd., Dato’ Dr Zahari Husin.

Dalam dua bulan pertama tahun ini, Perodua menjual sekitar 15,000 unit Myvi, 10,100 unit Axia, 5,900 unit Bezza, 3,600 unit Aruz dan 2,700 unit Alza.

Manakala  dari segi pengeluaran pula, 36,500 kenderaan telah dihasilkan – naik hampir 6.2 peratus daripada 34,375 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu.

“Sementara menunggu laporan daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), kami menganggarkan penguasaan pasaran Perodua setakat tahun ini adalah 41%.

Dalam perkembangan berkaitan, SUV tujuh tempat duduk terbaharu Perodua Aruz, terus mencatat pesanan memberangsangkan dengan lebih daripada 13,000 tempahan diterima sejak awal Januari.

Perodua Aruz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan AV. Pada masa ini, kira-kira 85% daripada tempahan adalah untuk AV.

Perodua juga telah menyelaras operasi pengeluarannya dalam usaha mengurangkan masa menunggu Aruz.

Perodua kini mengadakan siri jelajah Aruz On Tour di seluruh negara, bermula pada 13hb Februari di Selangor dan seterusnya ke Johor Bahru, Kota Bharu dan berakhir di Kuching pada 8-10hb Mac bertempat di pusat membeli-belah The Spring.

Tags
Google ads
Back to top button