Buletin

AUDI TAMATKAN PRODUKSI R8 PADA TAHUN 2020

Jualan supercar Audi R8 nampaknya begitu teruk, sekali gus membuatkan Audi dilapor bakal memberhentikan produksinya menjelang tahun 2020.

Bukan itu sahaja, semua projek berkaitan R8 juga akan dihentikan. Ramai pihak yang tidak percaya dengan berita ini kerana model tersebut masih lagi baru.

Aspek jualan juga tidak harus menjadi alasan kerana Audi membuat untung menerusi banyak model lain, terutama SUV.

2020 merupakan tahun di mana Lamborghini Huracan yang berkongsi platform dengan R8 akan masuk ke generasi seterusnya. Pada masa yang sama, Audi dikatakan tidak memperuntukkan sebarang pelaburan untuk membangunkan R8 baharu.

Selain R8, Audi didakwa tidak akan menghasilkan model R8 E-Tron. Projek supercar Scorpion, jentera yang menggunakan enjin motosikal Ducati 1.2 liter V8 berkuasa 1,000hp juga tidak diteruskan.

Namun begitu, dalam tempoh dua atau tiga tahun lagi, divisyen Audi Sport akan meneruskan perniagaan seperti biasa menerusi penghasilan model-model S/RS6, S/RS7 dan S8 baharu.

Google ads
Back to top button