Motosikal

YAMAHA YZF-R25 2021 TERJAH PASARAN MALAYSIA. WARNA BAHARU CYAN METALLIC

Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) memperkenalkan Yamaha YZF-R25 model tahun 2021 dengan didatangkan dengan warna baharu Cyan Metallic.

Melalui laman Facebook rasmi Yamaha Motor Malaysia ia turut mengekalkan warna Yamaha Blue dalam pemilihan kepada para pelanggan.

Hantara status berkenaan berbunyi “Pendominasi kuasa dan gaya, inilah Yamaha R25, kini hadir dengan pilihan warna baharu, Cyan Metallic untuk penunggangan yang lebih teruja. Anda sendiri boleh rasai keterujaanya hari ini di Pengedar Sah Yamaha yang berdekatan dengan anda.”

Bagaimanapun, ia tidak mengumumkan tanda harga bagi versi 2021 tersebut tetapi model 2020 ditawarkan pada harga disyorkan HLYM ialah RM19,998 (tanpa kos pendaftaran, insuran dan cukai jalan).

Model Yamaha YZF-R25 didatangkan kerangka badan jenis berlian dengan ketinggian tempat duduk 780mm, tangki bahan api dengan isian maksimum 14.3 liter dan berat 166 kg.

Dari segi spesifikasi, ia masih mengekalkan enjin empat lejang dua silinder DOHC 8 injap bersesaran 249cc. Ia  dipadankan dengan sejukan cecair dan transmisi enam kelajuan.

Jentera itu mampu menjana kuasa maksimum mencapai 35.5 hp pada 12,000 rpm dan tork 22.6 Nm.

Sistem suspensi pula dilengkapi fork terbalik (USD) di bahagian hadapan manakala monoshock di belakang, serta sistem brek cakera 2 piston di depan dan brek cakera piston tunggal di belakang.

Ciri lain termasuk lampu depan berkembar, panel instrumen digital LCD dengan paparan pelbagai fungsi, suis utama 3 dalam 1 yang mendapat inspirasi daripada pembikinan motosikal besar.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai jentera terbaharu ini boleh mengunjungi pengedar sah Yamaha di seluruh negara. – FB Yamaha Motor Malaysia

Google ads
Back to top button