Buletin

LEMBU ‘TERBANG’ DI BANJARAN ALPS. BUKAN SUPERMAN YEE

Seekor lembu yang cedera terpaksa diterbangkan menggunakan helikopter ke darat di Banjaran, Alps, Switzerland.

Setiap tahun, para penternak memindahkan ternakan mereka dari tanah tinggi ke kawasan lebih rendah dalam acara dikenali sebagai Bodenfahrt.

Sekitar 1,000 kawanan lembu terlibat dalam pemindahan kali ini di bukit Klausen Pass tetapi terdapat seekor lembu mengalami cedera ringan. Ia terpaksa diangkut menggunakan helikopter.

Salah seorang petani yang bertanggungjawab memindahkan kawanan itu, Ambros Arnold, memberitahu media tempatan, Limmattaler Zeitung, kaedah pengangkutan lembu menggunakan helikopter merupakan jalan pintas yang berkesan.

Dia menambah pengalaman tersebut mungkin menyebabkan haiwan itu trauma kerana diangkut ke udara secara tiba-tiba.

Menurut Limmattaler Zeitung, kaedah diguna pakai mengangkut lembu membendung kecederaan lebih buruk lagi. – agensi

Google ads
Back to top button