Artikel Pilihan

BAGAIMANA KERETA BOLEH PARKIR SENDIRI? SEGALANYA TENTANG PARKING ASSIST

Tak semua pemandu pandai memarkir secara sisi dengan cekap termasuklah penulis. Kadang-kadang tak menjadi bila buat parkir tepi. Menyedari masalah ini sepasukan jurutera di Institut National de Recherche en Informatique et an Automatique (INRIA) telah menghasilkan satu protaip sistem kereta yang boleh parkir dengan sendiri sekitar tahun 1986 lagi.

Prototaip ini telah menjadi asas kepada penghasilan sistem parkir automatik yang dijual secara komersial pada hari ini. Semua sistem yang dibangunkan oleh pengeluar automotif terkemuka dunia pada hari ini sebenarnya diasaskan oleh INRIA. Semua ujian dan hasil eksperimen INRIA menjadi satu tanda aras dalam industri automotif menerusi usaha Society of Automotive Engineer menerusi Standard J3016 (SAE)

Standard J3016 ini mendefinasikan bagaimana sistem arkir automatik ini terbahagi kepada 5 peringkat. 3 peringkat pertama merupakan bantuan parkir (bantuan pemandu, automasi separuh dan sistem automasi bersyarat). Peringkat 4 pula dinamakan Automasi Tinggi dan peringkat 5 dinamakan Automasi Penuh. Kebanyakan kereta yang dijual dipasaran memiliki sistem ke 2, 3 dan 4.

Sensor (disebut penderia dalam bahasa Melayu) pada bahagian bampar depand dan juga belakang akan mengesan objek yang berdekatan. Penderia ini menggunakan teknik proximity (berdekatan) bagi menganggar jarak antara kereta dengan objek melalui kaedah ultrasonic atau elektromagnetik. Teknik ini sama seperti digunakan oleh kelawar untuk “melihat” objek pada waktu malam.

Apabila anggaran jarak sudah ditentukan, sistem komputer akan mengira laluan, sudut stering, dan juga dimana kereta perlu dihentikan untuk parkir secara automatik. Bagi sistem yang menggunakan Tahap 4 (Automasi Tinggi), komputer akan mengawal pedal minyak, sistem brek dan juga tindakan gear bagi memarkir

Berikut adalah langkah demi langkah bagaimana sistem parkir automatik berfungsa

1. Untuk mengaktifkan sistem, biasanya ia memerlukan pemandu mengaktifkan butang Park Assist pada bahagian papan pemuka. Dalam contoh BMW di dalam video, butang tersebut dipasang berhampiran konsol gear

2. Sistem Parkir Automatik akan mula mengesan kawasan sisi (bagi parkir sisi) bagi mencari kawasan kosong. Sesetengah kereta meminta anda memilih untuk memasuki parkir menegak atau mamarkir secara sisi.

3. Apabila sistem berjaya mencari parkir kosong, sistem akan meminta kebenaran anda untuk memulakan langkah parkir. Bagi kereta dengan sistem Tahap 3, ia akan meminta anda mengawal gear (D atau R), mengawal pedal minyak dan juga brek. Bagi tahap 4, ia akan melaksanakan semua fungsi tersebut secara automatik tanpa bantuan pemandu

4. Ketika ini anda akan melihat roda stering berpusing secara automatik dan kereta bergerak beberapa inchi sahaja dari kenderaan lain. Sesetengah kereta seperti BMW memerlukan anda terus menekan butang Park Assist sepanjang masa semasa sistem berfungsi. Jika anda mengesan sistem ini gagal berfungsi atau mengesan bahaya, lepaskan sahaja butang tersebut dan sistem akan berhenti secara automatik

5. Setelah selesai, bagi kereta dengan sistem Tahap 3 ia akan meminta anda memasukkan gear pada kedudukan P (Park). Namun bagi sistem tahap 4, gear akan dimasukkan pada kedudukan P secara automatik.

Anda boleh menonton video demonstrasi BMW Park Assis berfungsi.

Namun kami menjumpai satu lagi video bagaimana Audi menghasilkan sistem tahap 5 iaitu Automasi Penuh. Dalam video demo ini, pemandu meninggalkan Audi Q7 di pintu masuk, mengaktifkan sistem parkir dan membiarkan SUV ini mencari parkir secara automatik

Google ads
Back to top button