
BAGAIMANAKAH RUPANYA JIKA SEMUA SUPERCAR DIBUAT JADI SUV?
Dunia sudah berubah. Pasaran kereta moden hari ini memperlihatkan satu kecenderungan pembeli yang lebih ke arah SUV. Tanpa Cayenne, Porsche mungkin sudah bankrap. BMW juga yang terkenal dengan varian sedan premium kini menghasilkan SUV hampir pada setiap segmen dan saiz.
Bagaimana dengan supercar dan jenama eksotik? Jaguar ada F-Pace, Lamborghini sudah lancarkan Urus dan Ferrari khabarnya akan menyediakan SUV untuk peminat mereka menjelang tahun 2020.
Laman web jenning.com memberi idea bagaimana bentuk lakaran jika jenama-jenama kereta sports ini menghasilkan SUV di alam realiti. Mereka menggunakan konsep bahagian hadapan jenama masing-masing dan kami rasa ideanya memang menarik!
Ini adalah antara contoh yang mereka hasilkan
MCLAREN 720S
ALFA ROMEO 4C
ASTON MARTIN V12
BMW i8
CHEVROLET CAMARO ZL1
FERRARI F488
FORD MUSTANG
HONDA NSX