Buletin

REGULASI EROPAH MAKIN KETAT, TOYOTA GR86 BOLEH DIJUAL UNTUK DUA TAHUN SAHAJA

Tidak seperti generasi pertama GT 86 yang dapat menikmati tempoh jualan yang agak lama (2012 hingga 2021), generasi kedua GR 86 pula nampaknya bernasib malang di pasaran Eropah.

Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Autocar, tempoh jualan model pacuan roda belakang itu akan dihadkan kepada dua tahun sahaja.

Dalam satu temubual, CEO Toyota Eropah, Matt Harrison mengesahkan pihak mereka menerima sambutan yang cukup menggalakkan bagi model GR86.

Sebab di sebalik tempoh jualan yang singkat itu adalah kerana model GR86 tidak lagi mampu untuk memenuhi peraturan keselamatan Eropah tanpa menjalani sebarang proses kejuruteraan semula yang signifikan – ini semua melibatkan kos yang tinggi.

Di sana, tempahan bagi model Toyota GR86 ini akan mula dibuka menjelang musim bunga tahun 2022, dan penghantaran pula dijangka pada separuh pertama tahun yang sama.

Sumber: Autocar

Google ads
Back to top button