BAIC BJ60 GABUNG ELEMEN REKAAN JEEP, TOYOTA LAND CRUISER DAN FORD EXPLORER
BAIC baru-baru ini melancarkan SUV BJ60 yang dilengkapi rangkaian kuasa hibrid. Apa yang menarik perhatian ialah reka bentuknya yang menggabungkan beberapa elemen rekaan daripada Jeep dan Toyota Land Cruiser.
SUV yang dibangunkan di atas platform ladder frame itu akan bersaing secara langsung dengan Tank 500 di pasaran China.
Dari segi dimensi, BJ60 sepanjang 5,020mm, lebar 1,925 mm dan setinggi 1,955mm bersama tapak roda 2,820mm. Angka itu membuatkannya sedikit panjang berbanding Toyota Land Cruiser 300.
Dalam portfolio SUV BAIC, BJ60 adalah lebih besar berbanding BJ80 dan sedikit kecil daripada BJ90 yang dibina di atas platform Mercedes-Benz GLS generasi sebelum ini.
Seperti yang boleh dilihat, BJ60 menggabungkan elemen daripada beberapa jenama popular. Gril yang diiluminasi oleh lampu LED menyamai rekaan Jeep dan lampu belakang mengambil inspirasi reka bentuk Ford Explorer.
Untuk foto rasmi, BAIC memilih warna biru muda yang digabungkan bersama kemasan perak matte pada skid plate, roof rails, bingkai tingkap sertua rim dua tona bersaiz 20 inci.
Terdapat tiga baris tempat duduk yang dibalut oleh kulit berwarna putih. BJ60 juga ada varian dengan lima tempat duduk. Papan pemuka dipasang dengan kluster meter digital, skrin sentuh bersaiz 12 inci dan grafik seperti piksel pada bahagian penumpang.
Ciri-ciri lain termasuklah head-up display, sistem audio premium, lampu ambien, pemanas kerusi dan bumbung panoramik.
BAIC masih belum mendedahkan spesifikasi penuh BJ60, namun rangkaian kuasa hibrid itu mampu mencatat jarak sejauh 1,000km dengan satu tangki penuh dan pecutan 0-100km/j dalam masa hanya enam saat.
BJ60 juga didakwa hadir dengan sistem pacuan AWD, kunci differential dan pelbagai sistem yang fokus kepada pemanduan off-road.
- BACA: KERETA KLON TERBAIK DARI CHINA. JANGAN BACA KALAU ADA ASMA
- BACA: XIAOMI MAHU BELI KILANG BORGWARD DI BEIJING. KAPASITI PENGELUARAN 180K UNIT SETAHUN
- BACA: PHEV PERTAMA HUAWEI LAKU KERAS. TAPI ADA DRAMA PULA DENGAN OEM
- BACA: BAIC NAK TAMBAH SAHAM DAIMLER. GEELY BAKAL DITENDANG?
GALERI