
LIVEWIRE S2 DEL MAR LAUNCH EDITION HABIS TERJUAL DALAM MASA 18 MINIT
Jentera LiveWire S2 Del Mar Launch Edition habis terjual dalam tempoh kurang 20 minit selepas tempahan dibuka kepada orang ramai.
Motosikal elektrik yang menampilkan rekaan futuristik itu membuka tempahan pada pukul 12.40 tengah hari dan habis ditempah pada pukul 12.58 tengah hari.
Del Mar Launch Edition terhad kepada 100 unit sahaja mendapat sentuhan warna eksklusif kelabu (Jasper Gray) dan indigo (Comet Indigo) dipadankan rekaan rim istimewa.
LiveWire memaklumkan sentuhan cat dan grafik memerlukan masa lima hari untuk disiapkan manakala lukisan pada set rim 19 inci mendapat inspirasi dari papan litar moden.
Biarpun, Launch Edition dapat dijual kurang daripada 20 minit, terdapat persoalan sama ada model produksi mampu meraih jualan tinggi. – rideapart
- BACA: LIVEWIRE DEBUT DEL MAR LAUNCH EDITION. 100 UNIT SAHAJA, RM77,000 SEUNIT
- BACA: HARLEY-DAVIDSON HENTIKAN SEMENTARA PENGELUARAN MOTOSIKAL ELEKTRIK LIVEWIRE
- BACA: NAWARACER MOTOSIKAL ELEKTRIK PERTAMA DIJANA KAPASITOR ULTRA
- BACA: PASARAN BELUM BERSEDIA UNTUK MOTOSIKAL ELEKTRIK, SUZUKI TAK MAHU BUAT LAGI