Buletin

TOYOTA LAND CRUISER JADI KENDERAAN PALING BANYAK DICURI DI JEPUN!

Menurut laporan terkini, Toyota Land Cruiser telah menjadi kenderaan yang paling banyak dicuri di Jepun untuk tahun keempat berturut-turut pada tahun 2024.

Data daripada Persatuan Insurans Am Jepun menunjukkan bahawa kecurian Land Cruiser meningkat dengan ketara, merangkumi 27.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kecurian kenderaan pada tahun tersebut.

Berikut adalah senarai 10 kenderaan yang paling banyak dicuri di Jepun pada tahun 2024:

Peningkatan kecurian Land Cruiser ini telah menyumbang kepada jumlah keseluruhan kecurian kenderaan di Jepun sebanyak 2,499 kes pada tahun 2024.

Selain itu, purata bayaran pampasan insurans juga meningkat kira-kira 20 peratus kepada sekitar AS$18,700 (RM82,745).

Untuk rekod, wilayah Aichi mencatatkan kadar kecurian tertinggi, merangkumi lebih daripada satu perlima daripada semua kes kecurian kenderaan.

Pihak berkuasa Jepun menasihatkan pemilik kenderaan, terutamanya model yang tersenarai, untuk mengambil langkah pencegahan tambahan bagi melindungi kenderaan mereka daripada risiko kecurian.

Google ads
Back to top button