
BASIKAL HOPE-LOTUS UNTUK OLIMPIK 2024 DIPERKENAL, EVOLUSI BASIKAL EMAS OLIMPIK 2020
Bahang Olimpik 2024 di Paris kian terasa apabila basikal trek generasi kedua Hope-Lotus yang digunakan Pasukan Basikal Great Britain (GBCT) diperkenalkan pada 28 Julai.
Basikal itu adalah evolusi kepada model yang digunakan pada Olimpik Tokyo 2020 yang menyaksikan GBCT membolot tujuh medal secara keseluruhan.
Di dalam kategori Keirin Lelaki, Jason Kenny memenangi emas dan jaguh negara, Dato’ Azizulhasni Awang di tempat kedua.
Model tebaru adalah hasil kerjasama Lotus Engineering dengan GBCT, Hope Technology dan Renishaw.
Lotus dan GBCT membangunkan kokpit basikal dan memperbaharui reka bentuk sepit udang dan hendal supaya lebih cekap dari segi aerodinamik.
Rangka basikal Hope HBT juga diberi perhatian dengan penyempurnaan pada kepala stok (headstock) dan seat stay.
Renishaw membantu dari segi reka bentuk dan pengeluaran model terowong angin dan beberapa lagi komponen penting lain.
GBCT bersama Lotus menguji basikal di litar dan terowong angin bagi mengoptimumkan sepit udang dan hendal sebelum penampilan pertamanya pada Kejohanan Dunia Basikal UCI di Glasgow, Scotland.
Pasukan negara turut menyertai perlumbaan yang bermula pada awal Ogos.
Ketua Aerodinamik Lotus, Richard Hill bertanggungjawab terhadap reka bentuk basikal trek Lotus 108 Olympic dan basikal 110 Tour De France pada tahun 90-an.
Beliau juga memainkan peranan penting dalam basikal trek Olimpik Tokyo dan basikal terbaru Hope-Lotus Olympic 2024.
Kepakaran Lotus Engineering digunakan dalam menambah baik ‘feel’ dan ketegaran bahagian depan bagi meningkatkan keyakinan pelumba.
Rekaan sepit udang yang lebar dan dipatenkan pertama kali diperkenalkan pada Olimpik Tokyo berfungsi mengurangkan seretan dan memecahkan laluan angin di depan pelumba.
Reka bentuk itu diilhamkan dari reka bentuk jet pejuang dan versi terkini mempunyai bucu bergerigi untuk laluan angin lebih lancar di sekeliling pelumba.
Hendal boleh ubah (customisable) membantu pelumba mendapatkan kedudukan aerodinamik yang lebih cekap untuk perlumbaan lebih panjang.
Penyatuan hendal dengan sepit udang yang dipertingkatkan pula mengurangkan seretan.
Satu lagi ciri istimewa ialah sepit udang itu dibuat daripada gentian karbon gred tinggi dan proses perawatan tunggal seperti kereta hiper Lotus Evija.
Gabungan gentian karbon dan logam cetakan tiga dimensi digunakan untuk mengoptimumkan aerodinamik, ergonomik, kekuatan struktur dan pengurangan berat.
Lebih daripada 150 jam dihabiskan untuk ujian terowong dan simulasi pengiraan dinamik bendalir (CFD) dan hasilnya diterjemah pada ciri aerodinamik yang cemerlang.
Ujian tersebut menjadi satu aspek penting dalam mengoptimumkan laluan angin di sekitar kaki pelumba bagi mengurangkan seretan.
Seperti yang dinyatakan, Lotus melalui Lotus Engineering sememangnya berpengalaman dalam sukan basikal.
Di antara hasil kerja awal Lotus boleh dilihat pada basikal Lotus type 108 yang digunakan Chris Boardman semasa memenangi Olimpik 1992.
BACA: LOTUS EMIRA GT4, 3.5L V6 2GR-FE, 455 BHP 500NM, LEBIH RM1 JUTA!
BACA: LOTUS EMIRA FIRST EDITION 2022 KINI DI MALAYSIA. BERMULA RM1.13 JUTA!
BACA: PADA 2004 VAUXHALL VXR220 DIPERKENAL, ‘SEPUPU’ LOTUS ELISE