Buletin

BELI KERETA BERNILAI RM33,000 GUNA SYILING. 3 JAM 20 PEKERJA NAK KIRA

Seorang lelaki dari Zhoukou di wilayah Henan, China membeli sebuah kereta bernilai 51,000 yuan (kira-kira RM33,163) dengan menggunakan duit syiling.

Tindakan lelaki terbabit menyebabkan 20 pekerja premis pengedar kenderaan itu menghabiskan masa selama 3 jam untuk mengira duit syiling tersebut.

Chen, kakitangan di premis jualan kereta itu berkata, pembeli berkenaan bekerja dalam bidang perusahaan tepung.

Dia datang ke premis jualan dengan membawa 10 beg berisi duit syiling bagi membeli kereta untuk anaknya.

Disebabkan itu, Chen meminta bantuan lebih 20 kakitangan lain untuk mengira duit syiling satu persatu dan usaha itu mengambil masa lebih dari tiga jam.

Chen mengakui itu kali pertama berurusan dengan pelanggan yang membuat pembayaran cara berkenaan.

Kisah itu tular hingga mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen yang rata-ratanya terkejut.

Ada yang mencadangkan kakitangan terbabit supaya menggunakan kaunter duit syiling.

“Kedai ini sangat bagus. Mereka sanggup mengiranya. Saya tidak mahu,” komen seorang netizen.

“Bank ada mesin yang boleh mengira duit syiling. Lebih senang,” tulis seorang lagi netizen.

“Selepas mengira duit syiling, mereka pergi ke bank untuk menyimpan. Kakitangan bank harus mengiranya semula,” tulis netizen lain. – HM

Google ads
Back to top button